Kolej & Universiti 27 Oct, 2022

Terbaik SoL UUM, Jabatan Peguam Negara (AGC)! Wacana persediaan kerjaya jadi pengamal undang-undang!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Perkongsian ilmu mengenai dunia perundangan.

Lebih 120 pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Undang-undang (SoL) Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai wacana perkongsian berkaitan persediaan kerjaya sebagai pengamal undang-undang (law career path) yang dianjurkan secara bersama oleh SoL dan Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 19 Oktober 2022. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kerjaya atau profesion peguam

Prof. Dr. Nuarrual Hilal Md Dahlan merasmikan Program Green Harvest @AGC.


Penolong Naib Canselor UUM bagi College of Law, Government and International Studies (COLGIS) UUM, Prof. Dr. Nuarrual Hilal Md Dahlan yang merasmikan Program Green Harvest @AGC ini berkata, penganjuran seperti ini penting dalam pembangunan pusat pengajian ini.

Moga wacana ini dapat membentuk graduan yang berketrampilan dan menepati kehendak industri dan masyarakat.

“Perkongsian bersama Ketua Bahagian Pendakwaan, AGC Dato’ Nik Suhaimi Nik Sulaiman dan mahasiswa tahun akhir undang-undang ini pastinya lebih menarik kerana dapat berkongsi pendekatan unik dan tersendiri yang menitikberatkan persediaan graduan dari segi mental, sahsiah dan kemahiran yang bersesuaian tanpa mengetepikan kehendak sosial, ekonomi dan politik negara masa kini,” ujarnya lagi.


Antara peserta yang menyertai program di Pusat Konvensyen UUM.

Sementara itu, Dekan SoL, Prof. Madya Dr. Yusramizza Md Isa @ Yusuff dalam ucapan aluannya yakin kerjasama antara pusat pengajian dengan AGC ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Peluang sebegini amatlah penting untuk pelajar menghayati dan memahami secara dekat dengan kerjaya sebagai pengamal undang-undang nanti,” ujar beliau lagi.

Sehingga kini, SoL telah melahirkan 1,058 alumni undang-undang manakala pelajar sedia ada seramai 530 orang. - KitaReporters/USIM


Prof. Dr. Nuarrual Hilal Md Dahlan (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Nik Suhaimi Nik Sulaiman.

15
18
0
14
0
You will be interested