Kampus & Pendidikan 12 May, 2025

Berdinding pelupuh, beratap nipah, bertiang kayu! Jadi kenangan manis! Sambutan 100 Tahun SK Hosba!

@abd razak osman
Bekas stringer Kosmo! dan mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian, Harian Watan dan Bernama. Menulis selagi masih hidup. Emel: razakosman1950@gmail.com

Share this


Hampir 30 acara disusun bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bagi memeriahkan Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba di Jitra, Kedah, termasuk 'Kenduri Rakyat' pada Sabtu, 10 Mei 2025 lalu.
Kerja-kerja memasak bagi menjayakan kenduri itu dilakukan secara gotong royong oleh penduduk Kampung Bukit. Sambutan diadakan itu anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.


Penyelaras program itu, Noor Syafiq Aiman Mohd Isa berkata, SK Hosba didirikan pada tahun 1924 di bawah zaman kolonial British dan guru besar pertamanya ialah Ismail Yahaya.
Pada masa itu, semua di Kedah diberi tanggungjawab kepada seorang pegawai Inggeris diberi nama E. dela M. Stowell. Beliaulah yang menjalankan dasar pelajaran dan mengambil sebarang tindakan mengikuti budi bicaranya sendiri.
Murid-murid kebanyakannya bertutur bahasa Melayu loghat Thai. Bangunan sekolahnya waktu itu dibuat dengan berdinding pelupuh, beratap nipah dan bertiang kayu bulat.
"Sempena 100 Tahun SK Hosba, berbagai-bagai aktiviti diadakan seperti derma darah, galeri kesenian, gerai jualan, persembahan silat, pameran Institut Pengajian Tinggi (IPT), Pameran Auto show, Mini Zoo, Pertandingan Gubahan, Peperiksaan Kesihatan dan lain-lain lagi," katanya.



Menurutnya, melalui aktiviti diadakan itu, ia memberi satu kenangan manis yang sukar untuk dilupakan bagi penduduk di beberapa kampung sekitarnya.
Di samping itu, penduduk tempatan juga berpeluang melihat pameran nama bekas-bekas pelajar yang berjaya menjawat jawatan penting dalam negara in.
"Terima kasih kepada semua pihak kerana terus memberi kerjasama dalam menjayakan sebarang aktiviti anjuran sekolah dari dahulu hingga sekarang," katanya lagi.
Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar, Abdul Gafar Yahya ketika merasmikan mesyuarat agung itu berkata, "Bagi semua yang ada, saya merasmikan mesyuarat agung PIBG dan Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba". - KitaReporters

10
16
0
9
0
You will be interested