Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle melancarkan Rakan Integriti dan penubuhan Sekretariat Rakan Integriti Mahasiswa (SRIM) untuk pelajar KUIPs pada 28 November 2023 lalu.
Program ini diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Integriti Nasional 2023 yang bertemakan 'Integriti Citra Malaysia Madani', peringkat KUIPs seiring dengan Pelan Strategik KUIPs yang kelapan iaitu Integriti.
Antara pengisian program adalah ucaptama yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Nor Yahati Awang, perkongsian ilmu bertajuk Integriti Dalam Hadis Nabi dan bacaan Ikrar Integriti Malaysia oleh staf dan pelajar.
Di majlis ini juga Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) turut diadakan antara KUIPs yang diwakili Prof. Dr. Muhamad Rozaimi dan IIM pula diwakili Nor Yahati.
Turut hadir ialah Pengarah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perlis PKPj Suzeliyana Hashim.
KUIPs merupakan sebuah kolej universiti swasta milik penuh Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang telah diluluskan penubuhannya oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 2 Mac 2013. - KitaReporters
Rektor KUIPs dan IIM melawat booth (reruai) pameran.