Kampus & Pendidikan 21 Nov, 2023

Sidang Komander Askar Wataniah! Anjuran Bahagian Simpanan Tentera Darat UniSZA, Rejimen 512 Wataniah!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

 

Sebahagian Pegawai TInggi Askar Wataniah seluruh Malaysia yang menghdiri sidang di UniSZA


BAHAGIAN Simpanan Tentera Darat (BPS) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Rejimen 512 Askar Wataniah menganjurkan Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) 34/2023. 

Seramai 54 pegawai terdiri daripada komander dan timbalan komander Rejimen Siri 500 Askar Wataniah dari seluruh Malaysia menghadiri sidang yang berlangsung di Dewan Senat UniSZA.


Peserta-peserta melawat pameran


Turut mencemar duli pada sidang tersebut adalah empat kerabat Diraja iaitu Raja Muda Perlis, Brig Jen Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Raja Muda Kedah, Brig Jen Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Amin Karim Sultan Sallehuddin; Tengku Panglima Raja Pahang, Brig Jen Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; dan Tengku Seri Temenggong Terengganu, Brig Jen Datuk Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. 

Sidang tersebut telah pengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Delegasi yang hadir telah disambut oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Ts. Dr Shukor Abdul Razak dan Pengarah Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Dr. Akila Mamat bagi mewakili pengurusan tertinggi UniSZA.

Sempena dengan sidang tersebut, ahli-ahli sidang turut mengadakan lawatan ke Arkib, Galeri Manuskrip dan Galeri Pak Samad di Perpustakaan Al-Watiqhu Billah, UniSZA. - KitaReporters


Pegawai-pegawai tinggi Askar Wataniah bergambar kenangan di Perpustakaan Al-Wathiqu Billah UniSZA

21
9
1
10
0
You will be interested