Kampus & Pendidikan 27 Aug, 2024

Skim Belajar Tanpa Bayar! 100% pembiayaan biasiswa! 140 guru kaunseling hadiri Hari Terbuka KUIPs!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Permohonon untuk menyambung pengajian di KUIPs boleh dilakukan dengan klik pada pautan berikut: https://istudent.kuips.edu.my/register?rid=AGN0137


Seramai 140 Guru Kaunseling berpeluang untuk bertemu dengan pihak pengurusan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Auditorium sempena Hari Terbuka KUIPs pada 23 Ogos 2024 lalu.

Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle dalam pertemuan itu turut mengalu-alukan kehadiran mereka ke kampus ini dan memaklumkan mengenai penawaran pengajian skim Belajar Tanpa Bayar (BTB) kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM) untuk sesi pengajian September 2024.

Katanya, biasiswa penuh kepada mereka yang layak ini termasuk yuran pendaftaran, pengajian, yuran pentadbiran dan elaun sara diri sebanyak RM300 sepanjang tempoh pengajian.


Kehadiran guru-guru kaunseling Perlis di KUIPs.

“Bukan sahaja pendidikan yang berkualiti di sini (KUIPs) tetapi juga mereka dapat akses kemudahan moden dan pelbagai aktiviti kokurikulum serta pastinya akan mendapat pengalaman yang menyeluruh,” ujar beliau lagi di Auditorium KUIPs sempena hari terbuka universiti pada 22 dan 23 Ogos 2024.

Beliau menambah di universiti ini pelajar yang terpilih akan ditawarkan Biasiswa Pengajian Tinggi MAIPs-KUIPs yang merupakan biasiswa penuh pengajian oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian nanti,” ujarnya lagi. 


Guru-guru mendengar taklimat peluang pengajian Belajar Tanpa Bayar (BTB) di universiti ini.

Dalam pada itu beliau juga memaklumkan mengenai syarat permohonan untuk pengajian juga bagi sesi akademik untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ialah minimum tiga kredit, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) minimum 2.0 dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pula syarat minimumnya hanya Maqbul.

Oleh itu beliau berharap semua guru kaunseling yang hadir ini dapat memaklumkan berita gembira ini kepada pelajar-pelajar mereka nanti.


Prof Dr Muhamad Rozaimi (kiri) beramah mesra dengan guru yang hadir.

Sementara itu, Hari Terbuka KUIPs yang diadakan ini memberi peluang kepada penduduk setempat dan pelajar sekolah untuk mendapatkan maklumat peluang pengajian sambil mendapatkan rawatan percuma dan membeli barangan yang ditawarkan melalui Jualan Agro Madani, barangan elektrik dan khidmat nasihat guaman syariah,  slot ‘Anda Tanya, Kami Jawab’ mengenai status hadis nanti dan penjualan makanan dan minuman juga.

Di kesempatan ini pelajar dari beberapa buah sekolah juga turut hadir bagi memeriahkan hari terbuka ini. - KitaReporters


Guru-guru yang hadir turut bergambar kenangan bersama pengurusan universiti ini.

13
17
0
9
0
You will be interested