Kampus & Pendidikan 09 Nov, 2020

PKPB: UMT ditutup sementara! 64 penuntut dah dihantar pulang

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan  Bersyarat (PKPB) yang turut dilaksanakan di Negeri Terengganu, memaksa Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengambil tindakan melakukan penutupan sementara institusi pendidikan berkenaan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar dan warga universiti terbabit. : KitaReporters


Penuntut UMT menunggu giliran untuk menaiki bas pulang ke kampung masing-masing


Lagi cerita-cerita berkaitan Menara Gading:

https://kitareporters.com/menara


Penutupan sementara institusi tersebut serentak dengan pelaksanaan PKPB  di negeri itu berkuat kuasa mulai 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020

Susulan penutupan itu, pihak universiti turut menghantar pulang 64 penuntut Diploma Perikanan UMT dan Asasi STEM yang ada di kampus pada Ahad, 8 November 2020.  


Penuntut UMT bersiap menaiki bas untuk pulang ke kampung


Naib Canselor UMT Prof Dr Nor Aieni Mokhtar


Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, lapan kenderaan disediakan oleh pihaknya untuk proses penghantaran itu dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat. 

Katanya,penghantaran penuntut itu hanya membabitkan kawasan Zon Hijau sahaja manakala kawasan Zon Kuning dan Zon Merah penuntut akan dibenarkan pulang sekiranya ibu bapa atau keluarga datang menjemput mereka. 


Dr Nor Aieni memberi pesanan sesuatu kepada seorang penuntut UMT ketika berada di dalam bas


"Pihaknya melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni juga mengagihkan Dana Siswa Khas COVID-19 kepada penuntut UMT,” katanya.

Beliau berkata, penyaluran Dana Siswa Bantuan Khas COVID-19 itu ialah agihan fasa keempat bertujuan membantu dan meringankan beban penuntut dalam menghadapi kesukaran mendepani wabak COVID-19. 


Penuntut UMT berbincang sesuatu bersama rakan sebelum pulang ke kampung


Dr Nor Aieni berkata, agihan fasa keempat sebanyak RM159,000 diperuntukkan daripada tabung Pembangunan dan Kebajikan Penuntut diagihkan kepada 1,590 penuntut tepilih.

"Mereka menerima RM100 seorang. UMT memperuntukkan RM518,600 sepanjang tahun ini untuk 3,986 penuntut," katanya.


Semoga penuntut UMT yang diarah pulang selamat sampai ke destinasi masing-masing


Katanya, tujuan penyaluran Bantuan Khas COVID-19 fasa keempat untuk meringankan beban penuntut yang terkesan akibat penangguhan pendaftaran kemasukan penuntut ke kampus sebelum ini. - KitaReporters

2
0
0
0
1
You will be interested