Kampus & Pendidikan 07 Dec, 2020

Terbaiklah Casa Armada! Geran penyelidikan RM95k untuk UniSZA

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

KERJASAMA erat pihak swasta dengan institusi pendidikan tinggi (IPT) petanda baik dalam usaha memperkasakan bidang pendidikan negara yang memerlukan sokongan banyak pihak terutama dalam aspek bidang penyelidikan yang memerlukan kos yang tinggi. : KitaReporters


Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu


Lagi cerita-cerita berkaitan UniSZA:

https://kitareporters.com/search?search=UniSZA


Institusi pendidikan tinggi sememangnya amat mengalu-alukan sokongan pihak swasta bagi menjayakan pelbagai program terutama membantu sumber kewangan bagi membiayai kos penyelidikan. 

Casa Armada Sdn. Bhd menjadi contoh terbaik apabila telah menyumbang geran penyelidikan berjumlah RM95,000 kepada penyelidik Fakulti Reka Bentuk Industri dan Teknologi (FRIT) UniSZA bagi menjalankan penyelidikan berkaitan 'Solid State Hydrogen For Electrical Power Genaration'.


 

Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (kiri) menerima replika cek daripada Ismail Jusoh (kanan) sambil diperhatikan oleh Dr Abdullah Md Zin


Pengarah Casa Armada, Ismail Jusoh berkata beliau sememangnya berhasrat membalas jasa UniSZA melalui sumbangan geran penyelidikan berkenaan. 

Beliau yang juga juga alumni KUSZA pada tahun 1991 terhutang budi kerana UniSZA yang sebelum ini banyak berjasa kepada dirinya dan sudah sampai masa gilirannya untuk membalas jasa tersebut. 

Dekan Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), Prof Dr. Saiful Bahri Mohamed mengucapkan terima kasih atas sumbangan berkenaan dan berharap agar hubungan kerjasama industri dengan Casa Armada dapat diperkukuhkan lagi pada masa akan datang. 


Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan


Sumbangan itu disampaikan oleh Ismail Jusoh kepada Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan dan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA Tan Sri Dr. Abdullah Md. Zin pada majlis yang diadakan  di Hotel Zenith, Kuantan, pada 23 November 2020. 

Dr Hassan berkata, menerusi geran yang disalurkan oleh pihak syarikat berkenaan ia akan memudahkan pihak uiversiti itu menjalankan penyelidikan yang rancang.

“Sebagaimana diketahui umum untuk menjalankan sesuatu penyelidikan ia memerlukan perbelanjaan yang besar dan pihak universiti tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut jika tidak disokong oleh pihak swasta,” katanya. 


Majlis penyerahan replika cek turut dihadiri pihak pengurusan syarikat dan pentadbiran UniSZA di Kuantan, Pahang


Beliau berkata, sehingga ini banyak pihak tampil memberi sokongan dan kerjasama kepada universiti tersebut menerusi geran yang disediakan dan ia satu perkembangan baik bagi memikul tanggung jawab sosial dalam usaha membangun bidang pendidikan negara. - KitaReporters

2
1
0
0
0
You will be interested