Kampus & Pendidikan 01 Apr, 2022

Jom KITARecycle! UTeM ajak pelajar kitar semula, tebus mata ganjaran! Misi Bandar Hijau Melaka!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

Dr Sabri Mohamad Sharif  (dua dari kiri) dalam perasmian program kesedaran kitar semula.


LEBIH 100 mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menyertai program kesedaran kitar semula yang telah dianjurkan bersempena dengan Hari Kitar Semula Sedunia 2022 pada 18 Mac setiap tahun, baru-baru ini. 

Program bercorak pameran, taklimat kesedaran kitar semula dan aplikasi KITARecycle serta aktiviti kuiz ini telah diadakan di Perpustakaan Laman Hikmah UTeM. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kitar semula

Dr Sabri Mohamad Sharif 


Mengambil makluman situasi endemik yang turut berkait rapat dengan penghasilan sisa dan sampah yang banyak, program ini hadir tepat pada waktunya dalam memberikan panduan dan kesedaran kepada mahasiswa terutamanya dalam proses pengurusan sisa serta persediaan untuk kitar semula. 

Program yang telah dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Keselamatan Pekerja dan Kelestarian Alam (KPKA), UTeM serta SWM Environment Sdn Bhd ini telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTeM, Datuk Dr Sabri Mohamad Sharif.


Dr Sabri (lima dari kiri) ketika Kempen Kitar semula di tempat pameran ketika program 


Salah seorang peserta program, Jeremy Raaj, 22, berkata program bercorak santai dan bermanfaat seperti ini dapat menambahkan ilmu berkaitan kitar semula yang menjadi tunjang utama dalam mengurangkan penghasilan sampah yang biasanya dilupuskan di tapak pelupusan sampah yang mana mempunyai pelbagai kesan buruk kepada manusia dan alam.  

“Aktiviti seperti ini adalah bertepatan dengan usaha murni pihak universiti dalam menjayakan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) serta misi Bandar Hijau oleh kerajaan negeri Melaka,” kata Jeremy Raaj, yang juga merupakan pengarah bagi program ini. 


Dr Al Amin Mohamed Sultan (tengah) di lokasi sangkar kitar semula di kolej Kediaman Satria Tuah


Dr Al Amin Mohamed Sultan, Pengetua Kolej Kediaman Satria Tuah UTeM berkata ini adalah program pelengkap berkaitan kitar semula kerana projek rintis kitar semula yang menempatkan fasiliti pengumpulan barangan yang boleh dikitar semua. Malahan aplikasi KITARecycle yang digunakan untuk urusan kitar semula ini secara tidak langsung dapat menambah pendapatan buat para mahasiswa kerana setiap kali barangan kitar semula dihantar ia akan disimpan dalam bentuk mata ganjaran yang seterusnya boleh ditukarkan kepada wang ringgit. 

“Program ini secara langsung menjadi elemen penguat kitar semula di kediaman kampus kerana fasiliti pengumpulan telah disediakan hasil kerjasama kami dengan pihak SWM. Kini adalah fasa memastikan barangan yang sesuai untuk kitar semula dapat diasingkan dengan baik” katanya lagi yang juga merupakan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, UTeM. - KitaReporters


 

Dr Sabri bergambar dengan mahasiswa UTeM yang hadir pada program kesedaran ini

11
8
0
13
0
You will be interested