Kampus & Pendidikan 28 Jan, 2022

Berita baik! Kerjasama UMT, Essentiq Pharma pasar produk herba R-38! Atasi masalah sakit sendi!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this


UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) dan Essentiq Pharma Sdn Bhd mengadakan kerjasama strategik melalui perjanjian perlesenanan bagi produk R-38 dalam usaha  memperluaskan edaran produk tersebut ke seluruh Malaysia dan antarabangsa bagi mengatasi masalah sakit sendi

Naib Cancelor UMT, Prof. Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar berkata, kajian saintifik dijalankan ke atas satu ramuan herba dinamakan R-38 dan didapati mempunyai sifat-sifat terapeutik yang boleh membantu legakan masalah berkaitan sakit sering terjadi di bahagian tangan, kaki, lutut dan sendi-sendi lain pada tubuh.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan herba

 Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar


Menurutnya, antara kesakitan yang dialami adalah akibat dari bengkak, keradangan, rasa tegang dan ketat, rasa panas dan menyucuk.

Katanya, pengumpulan garam asid urik pada sendi, pengurangan cecair sendi, penipisan dan haus tulang adalah punca utama sakit bahagian sendi yang sering dihidapi oleh ramai orang.

Ramuan R-38 adalah seratus peratus herba serta menekankan kawalan kualiti dalam penghasilan ubatan herba khususnya kaedah tradisional

"Hanya herba terbaik dipilih dan diproses dengan teliti untuk memastikan keaslian, kebersihan dan mutu produk R-38”," Katanya pada majlis menandatagani perjanjian di Hotel Armada, Petaling Jaya, pada 24 Januari 2022.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Borealis, Datuk Sri Rahim Ismail; Pengarah Urusan Essentiq Group, Syed Najib Syed Mustaffa; Pengarah Ketua Pegawai Eksekutif Biotropics, Tengku Shahrir Tengku Adnan, serta pegawai-pegawai Utama dan kakitangan UMT dan Essentiq Group.


Sesi penyerahan dokumen antara pengurusan UMT dan Essentiq Group


Sementara itu, Prof Dr Fadzilah Adibah Abdul Majid yang merupakan penyelidik produk ini berkata antara herba ubatan yang terdapat dalam produk R-38 ialah lengkuas (Alpinia galangal), misai kucing (Orthosiphon stamineus) dan temulawak (Curcuma xanthorrhiza).

“Kesemua herba ini telah dikaji secara saintifik sebagai herba untuk masalah sendi dan artritis. Antara hasil kajian mendapati herba-herba ini mempunyai sifat antioksidan, antiradang, analgesik dan lain-lain berkaitan artritis,” katanya.

Tambahnya, kajian pemula khusus ke atas ramuan R-38 ini juga mendapati ia bersifat antioksidan, antikeradangan, berupaya merencat penghasilan enzim Xanthine Oxidase (XO) yang boleh menyebabkan penurunan kandungan asid urik, merencat enzim Cyclooxygenase-2 (COX-2) yang mana akan mengurangkan keradangan dan rasa sakit.”

“Di samping itu, R-38 juga didapati berupaya menurunkan bahan biokimia penggalak keradangan tubuh iaitu Interleukin-6 (IL-6) dan Tumour Necrosis Factor Alpha (TNF-a). Penurunan dua bahan biokimia ini akan menurunkan keradangan,” jelasnya lagi.

Ujar Dr Fadzilah Adibah, produk herba R-38 ini juga telah melalui kajian pasaran selama 5 tahun dan mendapat maklum balas yang sangat baik dari pengguna.


Majlis pelancaran kerjasama strategik UMT dan Essentiq Pharma Sdn Bhd


Untuk rekod, UMT mempunyai sebanyak 535 hak harta intelek, terdiri daripada paten yang telah diluluskan, paten yang didaftarkan, reka cipta industri, utiliti inovasi, cap dagangan, hak milik dan rahsia dagangan.

UMT juga mempunyai banyak produk berpotensi yang boleh dikomersialkan dengan Tahap Ketersediaan Teknologi (Technology Readiness Level (TRL) dari skala 4 hingga 8.

Antara produk yang mempunyai Tahap Ketersediaan Teknologi (TRL) 8 di UMT adalah produk R-38, BF Nano-V: Cosmetic, BioFloc (TRL 7), Mic-Pyro (TRL 7), PKC-Nutri+ (TRL 7) dan produk-produk lain.

Prof. Dr. Fadzilah Adibah ialah seorang profesor dan penyelidik di Institut Bioteknologi Marin, Universiti Malaysia Terengganu.

Beliau mengembangkan kepakaran dalam pembangunan produk ubatan dengan mengkaji pelbagai ramuan herba ubatan tradisional lebih 20 tahun.

Salah satu hasil kajian kefungsian dan keberkesanan ke atas ramuan herba tersebut telah berjaya menarik minat syarikat Essentiq Pharma Sdn Bhd untuk memasarkan produk hasil kajian tersebut. - KitaReporters


11
13
2
14
1
You will be interested