Kampus & Pendidikan 18 Oct, 2021

Langkah berjaga-jaga! 1,400 pelajar UniSZA jalani ujian saringan COVID-19! Uji sampel air liur!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

UniSZA menyediakan tempat khas untuk saringan COVID-19 kepada pelajar di universiti tersebut


UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu mengambil langkah berjaga-jaga terhadap semua pelajar yang mendaftar masuk ke universiti itu dengan mengadakan ujian saringan COVID-19 melalui sampel air liur bagi mengelak jangkitan baharu pandemik COVID-19 dalam kalangan pelajar di pusat pengajian tersebut.

Ujian yang dilakukan selama tiga hari itu membabitkan semua pelajar yang dibenarkan menyambung  semula pembelajaran masing-masing secara bersemuka selepas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membenarkan universiti negara ini dibenarkan beroperasi seperti biasa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UniSZA

Prof Dr Fazli Adam


Naib Canselor UniSZA Prof Dr Fazli Adam berkata, semua pelajar yang menjalani saringan tersebut akan menjalani tempoh pengawasan selama 10 hari sebelum mereka dibenarkan mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka dengan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Kataanya, ujian saringan tersebut dilakukan dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) dengan kerjasama Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar (KKKP) universiti tersebut.


Pelajar UniSZA menjalani saringan ujian COVID-19 melalui air liur


Katanya, saringan selama tiga hari bermula pada 14 Oktober dan berakhir pada 17 Oktober 2021 lalu itu dilakukan terhadap pelajar yang baru mendaftar masuk bagi memulakan Sesi Akademik 2021/2022.

Sehingga ini, katanya, seramai 800 pelajar daripada kampus utama  UniSZA di Gong Badak, Kuala Terengganu, sudah menjalani ujian tersebut.

Turut diadakan ialah 600 pelajar dari kampus UniSZA Cawangan Besut yang telah berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Kuala Terengganu. 

“Bagi kemasukan Oktober 2021/2022 (Fasa 1) ini, kemasukan para pelajar ke UniSZA secara bersemuka bakal melibatkan seramai 2,500 pelajar dari seluruh negara bermula 14 Oktober sehingga 17 Oktober 2021.," jelas Dr Fazli. - KitaReporters


Pusat ujian saringan COVID-19 UniSZA

10
12
1
12
0
You will be interested