
Kes seorang pelajar lelaki yang meninggal dunia akibat lemas di Johor, pada November tahun lalu (2024) disiasat secara telus. Begitulah jaminan kepada keluarga pelajar tersebut yang diberikan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Menurut
beliau, siasatan dalam terhadap kes itu dibuat di bawah oleh Unit Integriti selain
menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.
"Kita
ambil tanggungjawab untuk memastikan siasatan adalah telus dan kita juga menyerahkan
kes ini kepada pihak berautoriti untuk menjalankan siasatan selanjutnya.
"Saya
memberi jaminan sesiapa sahaja yang terkesan dengan insiden ini disiasat dengan
penuh integriti," katanya selepas merasmikan Gerakan Massa
#terimakasihcikgu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di sebuah pusat beli belah
di Taiping pada 13 April 2025.
Fadhlina
berkata, hal-hal berkaitan kebajikan mangsa seperti tuntutan insurans turut
diberi keutamaan kerana ia adalah tanggungjawab di bawah KPM.
Pada 6 April 2025 lepas, keluarga Allahyarham Muhammad Zulfan Iqbal Zaiful, 16, yang meninggal
dunia akibat lemas di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), Kota Tinggi, Johor mendakwa terdapat unsur kecuaian menyebabkan
kematian pelajar tersebut.
Allahyarham Muhammad Zulfan, adalah pelajar tingkatan empat dan atlet bola sepak bawah 16 tahun di SSTMI, Johor.

Dalam perkembangan
lain Fadhlina berkata, KPM berpendirian tegas dalam menangani isu gangguan
seksual dan keruntuhan moral dalam kalangan warga sekolah, terutama berkaitan
dengan teknologi dan digital yang semakin mencabar.
Menurut
beliau, garis panduan berkaitan kes-kes gangguan seksual, termasuk membabitkan
kontak rapat serta salah laku dalam talian.
Selain modul-modul
pendidikan juga telah diperkenal untuk mendidik pelajar agar menjaga maruah,
kepentingan diri dan menjauhi unsur-unsur negatif yang boleh membawa kepada
keruntuhan akhlak.
“Tindakan
disiplin juga akan diambil sekiranya siasatan mendapati berlaku kesalahan pada peringkat sekolah,” katanya
Fadhlina berkata, antara usaha penting KPM termasuklah penerapan nilai kesihatan mental dan produktiviti dalam kalangan pelajar agar mereka mampu menangkis pengaruh negatif serta bijak dalam mengurus interaksi digital.
Selain itu,
beliau juga memberi jaminan KPM tidak akan berkompromi dalam isu ini, dan
siasatan penuh akan dilakukan terhadap sebarang laporan gangguan atau salah
laku dan sekolah.
Katanya, sekolah akan bertindak tegas berdasarkan dapatan siasatan. Sekiranya berlaku pelanggaran, tindakan disiplin akan diambil segera.
Ini komitmen kementerian untuk menjaga keselamatan, maruah dan integriti sistem pendidikan negara, tegas Fadhlina. - KitaReporters