Kampus & Pendidikan 14 Apr, 2023

Terapkan inovasi sosial dan keusahawanan sosial! Cara aktiviti pelajar beri manfaat, jana pendapatan!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this



Persatuan atau kelab pelajar di universiti digesa untuk membuat aktiviti pelajar yang menekankan inovasi sosial (SI) dan keusahawanan sosial (SE) bagi pelajar universiti dan masyarakat luar.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Arifin Abdu berkata aktiviti yang menerapkan inovasi SI dan SE tersebut mampu memberi manfaat kepada komuniti dan menjana pendapatan persatuan serta komuniti.

Menurutnya, SI dan SE mudah dicapai sekiranya pelajar mempraktikkan Smart Skills dan Sharp Skills iaitu melengkapkan pelajar dengan kepintaran mengurus manusia dan kebijakan mengurus teknologi seperti yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan dalam Majlis Pelancaran Program Pesta Kebudayaan Zhong Hua Universiti Putra Malaysia Ke-18 baru-baru ini.



Prof. Dr. Arifin juga berharap setiap persatuan pelajar memastikan program anjuran mereka disertai dan memberi manfaat kepada semua kaum kerana pengukuhan integrasi kaum akan menyumbangkan kepada kualiti mahasiswa yang holisitik.

“Dalam konteks Malaysia Madani, kepelbagaian budaya dan keharmonian masyarakat dianggap sebagai satu kekuatan,” katanya.

Persatuan Seni Budaya Zhong Hua UPM memperkenalkan keunikan seni budaya Zhong Hua untuk meningkatkan persefahaman tinggi kepada peserta dan khalayak berbilang kaum dalam kalangan pelajar UPM. - KitaReporters/UPM


8
13
0
20
0
You will be interested