Kampus & Pendidikan 25 Oct, 2025

Video| Majlis Pendidikan Negara ambil kira, rangkum pandangan semua! Depani sektor pendidikan! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Pandangan semua pihak, terutama ibu bapa, guru-guru dan cendekiawan akan diambil kira dan dirangkumkan oleh Majlis Pendidikan Negara (MPN) yang akan ditubuhkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Beliau berkata, kerajaan telah bertindak menubuhkan Majlis Pendidikan Negara sebagai usaha dan langkah jangka panjang bagi mendepani kelemahan serta permasalahan yang telah lama mengakar di sektor pendidikan. 

"Tentunya dalam menjelmakan sebuah sistem pendidikan yang terangkum dan bermaruah, kita memerlukan kesemua pandangan dari pelbagai pihak, terutama daripada ibu bapa, guru-guru, cendekiawan serta pemerhati.

"Dan kesemua pandangan itu mesti diselaras dan diambil kira dan diteliti melalui Majlis ini sebagai langkah ke depan untuk negara," jelasnya.



Majlis Pendidikan Negara (MPN) adalah sebuah platform strategik tertinggi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyelaraskan dasar dan pelaksanaan pendidikan di Malaysia secara menyeluruh, merentas pelbagai kementerian dan peringkat pendidikan, dari prasekolah hingga ke peringkat tertinggi. 

Ia bertujuan untuk mengatasi kelemahan sedia ada dan menyelesaikan isu-isu pendidikan secara holistik dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru, cendekiawan, dan akademia. - KitaReporters/Kenyataan Media

10
13
0
10
0
You will be interested