Kampus & Pendidikan 11 Mar, 2024

Syabas UniSZA! Terus teroka peluang di persada antarabangsa! MoU dengan dua IPT, satu NGO di Turkiye!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

 

Dr Fadzli Adam (tiga dari kanan) dn Dr Atilla Arkan (dua dari kiri) bersama pengurusan kanan kedua-dua universiti di Turkiye.


UNIVERSITI  Sultan Zainal Abidin (UniSZA) meluaskan peluang kerjasama melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di Turkiye bersama dua buah institusi pengajian tinggi negara itu iaitu Universiti Ibn Haldun (İHU) dan Universiti Istanbul Sabahattin Zaim (iZU) serta dengan sebuah badan bukan kerajaan iaitu Yayasan Belia Turkiye (TUGVA).

Kerjasama antara UniSZA dan kedua-dua universiti tersebut bakal melibatkan kajian akademik, pertukaran pelajar dan felo penyelidik.

Majlis pertukaran MoU tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNSZA Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam dengan Presiden IHU Prof. Dr. Atilla Arkan, Rektor iZU Prof. Dr. Ahmed Cevat Acar dan Timblaan Presiden TUGVA, Muhammad Malik.


Dr Fadzli dan Dr Atilla menunjukkan dokumen MoU kerjasama kedua-dua universiti.


Lebih menarik lagi, pertukaran pelajar menerusi Program Erasmus akan membuka peluang kepada pelajar-pelajar UniSZA merasai suasana pembelajaran dan kehidupan di bumi Uthmaniyah ini. 

Program Erasmus ialah sebuah program terkenal yang dikelola oleh Kesatuan Eropah (EU) sebagai badan yang menyalurkan dana kepada pelajar dan universiti di serata dunia untuk datang belajar atau latihan industri ke Eropah.

Program sebegini penting untuk mendedahkan pelajar kepada persekitaran baharu, mempelajari bahasa asing dan memupuk silang budaya. 

Kolaborasi penyelidikan bukanlah perkara baharu lagi kerana UniSZA telah mempunyai kerjasama penyelidikan dalam bidang pelancongan rohani.


Dr Fadzli dan Dr Atllla sedang menandatangani MoU


Manakala, jalinan MoU antara UniSZA dengan TUGVA akan melibatkan pertukaran belia yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan.

Program ini merupakan sambungan usaha sama terdahulu sejak 2018 yang telah membawa masuk kumpulan belia dari Turkiye ke Malaysia sebanyak dua kali. Seramai 40 orang belia yang menyertai program ini untuk kali pertama. 

Kejayaan program ini berterusan dengan penambahan bilangan sehingga dua kali ganda semasa program seterusnya yang melibatkan 80 orang belia. 

Dengan jalinan MoU ini, dianggarkan lebih banyak penyertaan serta bakal mendapat sambutan meriah. - KitaReporters

 

 

11
16
1
8
0
You will be interested