Menara Gading 08 Aug, 2022

Tahniah MMU! Karya filem pendek pelajar akan ditayang di luar negara! Pameran filem antarabangsa!

Share this


UNIVERSITI Multimedia (MMU), salah sebuah universiti terkemuka dalam bidang teknologi maklumat dan kreatif multimedia, dijangka memperkukuhkan lagi nama dan kedudukannya dalam bidang pendidikan berkaitan pembikinan filem di persada antarabangsa.

Ia berikutan langkah Wisma Putra bercadang ingin mengetengahkan filem-filem pendek hasil karya pelajar MMU di pameran-pameran filem antarabangsa tidak lama lagi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus MMU


Saifuddin Abdullah (kanan) menyerahkan Surat Niat kepada Mazliham Mohd Su’ud semasa lawatan ke MMU Cyberjaya, baru-baru ini.

Menteri Luar, Dato’ Seri Saifuddin Abdullah dalam kunjungannya ke MMU baru-baru ini memberitahu, Wisma Putra menerusi bahagian kebudayaannya telah menghadiri banyak program kebudayaan dan pesta filem antarabangsa, namun kandungan kreatif dari Malaysia masih kurang dipamerkan kepada pengunjung.

“Kerajaan akan mempromosikan kandungan kreatif dari Malaysia seperti filem-filem pendek dan buat permulaan kita bercadang memaparkan filem-filem yang dihasilkan oleh pelajar MMU di luar negara sebagai contoh di Eropah seperti Jerman dan Belanda,” katanya.

Saifuddin berkata, filem-filem pendek MMU yang dihasilkan oleh para pelajar, didapati berkualiti serta mempunyai nilai sosiobudaya negara ini, dan ia sesuai juga ditayangkan kepada diplomat-diplomat asing yang berkunjung ke Malaysia.


Saifuddin Abdullah (tengah) meninjau Sound Stage Studio di FCA semasa lawatannya ke MMU Cyberjaya.


Sementara itu, Presiden MMU, Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd. Su’ud melahirkan rasa teruja dan gembira dengan perkembangan berkenaan dan menyifatkannya sebagai kesinambungan kepada kejayaan yang telah diraih oleh para pelajar dan alumni MMU sebelum ini. 

“Dengan bimbingan para pensyarah, beberapa pelajar MMU sebelum ini telah berjaya membawa filem mereka ke pesta-pesta filem terkemuka antarabangsa seperti Singapore International Film Festival, Cardiff International Film Festival (UK), dan Fano International Film Festival (Itali).

“Antara judul filem dihasilkan pelajar MMU yang mendapat anugerah antarabangsa ialah Weeping Birds, Samudera, Suraya, Torture, The Gold Chain, Kantoi, Spotlight dan banyak lagi,” tambahnya. 

Prof. Mazliham berkata, alumni-alumni MMU adalah antara pemain utama industri perfileman dan kandungan kreatif tanah air. Antara mereka ialah Nizam Razak, yang pernah terlibat dalam penghasilan filem animasi Upin Ipin serta menjadi pengarah kepada filem animasi Boboiboy, manakala Muhammad Usamah Zain Yasin pula menghasilkan Ejen Ali, filem animasi terkenal waktu ini. 

“Selain itu, Ghaz Abu Bakar yang merupakan pengarah filem, Polis Evo 1 juga adalah alumni MMU, manakala pensyarah dan alumni MMU, Vimala Perumal adalah pengarah filem Tamil blockbuster, Vedigundu Pasangge yang menerima pengiktirafan pada peringkat tempatan dan antarabangsa,” jelasnya.

Beliau menambah, sebahagian alumni Fakulti Seni Senimatik (FCA) turut memberi impak besar dan menyumbang kepada industri apabila mereka memegang jawatan penting dalam syarikat penghasilan kandungan kreatif seperti Astro Shaw and VIU Malaysia.


Saifuddin Abdullah dan delegasinya menonton filem pendek yang dihasilkan oleh pelajar MMU di MMU Cyberjaya.


Dalam pada itu, semasa kunjungan Saifuddin ke MMU, beliau turut menonton beberapa filem pendek yang dihasilkan oleh pelajar MMU serta meninjau kemudahan produksi filem di kampus Cyberjaya. 

MMU menubuhkan Fakulti Seni Senimatik pada tahun 2016 untuk menghasilkan siswazah dalam industri kreatif dan perfileman. 

Pada awal penubuhan fakulti berkenaan, ia telah berkolaborasi dengan University of Southern California (USC), Amerika Syarikat, yang merupakan sebuah universiti terkemuka dunia yang telah menghasilkan alumni masyhur seperti George Lucas yang mengarahkan filem Star Wars. - KitaReporters/MMU


Saifuddin Abdullah dan delegasinya diberi taklimat oleh Dekan FCA, Amir Shahlan (berdiri, kanan), di MMU Cyberjaya.

 

7
15
0
11
0
You will be interested

Untunglah majikan! Inisiatif Program iCadet MMU! Siswazah lebih bersedia masuki alam pekerjaan!

Melalui inisiatif dinamakan Program iCadet, pelajar-pelajar MMU yang berkelayakan akan dilatih jadi graduan yang bersedia masuki alam pekerjaan untuk industri

50 tahun Masscom UiTM! Forever Young & Still Kicking! Graduannya serba boleh, semangat juang tinggi!

Fakulti komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) atau lebih dikenali sebagai Masscom UiTM Shah Alam sambut ulang tahunnya ke-50. Antara fakulti komunikasi terawal
Hariyati Ariffin in Menara Gading 3 days ago

Keputusan permohonan ke UA pada 25 Sept 2022! Bagi lepasan STPM dan setaraf! Semakan secara online!

\Pelajar-pelajar lepasan STPM 2021 atau yang setaraf dengannya boleh semak keputusan ke Universiti Awam (UA) bagi pengajian sesi 2022/2023 bermula 25 Sept 2022
Nur Sabrina Samsudin in Menara Gading 5 days ago

Majlis Anugerah Bakat MAPUM 2022 di UMT! Tahniah pemenang anugerah! Tahniah UUM rangkul 8 anugerah!

KPT untuk julung kalinya menganjurkan Majlis Anugerah Bakat MAPUM (MABMA) 2022 kepada warga kerja Majlis Perumahan Universiti-Universiti Awam Malaysia (MAPUM)
Nur Sabrina Samsudin in Menara Gading 6 days ago

Meneroka Potensi, Menjulang Kecemerlangan! Cara UMT raikan kecemerlangan seluruh warga universiti!

Bertemakan Meneroka Potensi Menjulang Kecemerlangan, UMT raikan kecemerlangan bakat ahli akademik dan staf sokongan akademik dalam Majlis Anugerah Tahunan (MAT)
Mohammad Ishak in Menara Gading 1 week ago