Kampus & Pendidikan 03 Dec, 2022

Tahniah UUM! Layak terima semula Pensijilan MS ISO 9001:2015! Selesai diaudit tim audit SIRIM QAS!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Pihak pengurusan universiti di Dewan Senat UUM bersama pasukan juruaudit SIRIM.

Universiti Utara Malaysia (UUM) layak menerima semula Pensijilan MS ISO 9001:2015 selama tiga tahun lagi selepas pasukan audit SIRIM QAS yang diketuai Dr Shahanif Hassan bersama tujuh auditor lain selesai menjalankan audit mereka pada 30 November 2022.

Naib Canselor UUM Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan berpuas hati dengan audit yang dijalankan termasuk mengucapkan terima kasih kepada semua barisan panel auditor khususnya jabatan-jabatan di universiti ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kategori Kolej Universiti

Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah bergambar dengan pasukan audit SIRIM QAS yang diketuai Dr Shahanif Hassan.

“Kita juga bersyukur kerana dalam penilaian kali ini lebih baik daripada yang lepas dan mencerminkan penyusunan pengurusan yang baik dan bersistematik,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua jabatan dan pusat pengajian yang terlibat kerana telah memberikan komitmen penuh kepada pasukan juruaudit SIRIM sepanjang dua hari berlangsung.


Pasukan juruaudit SIRIM bersama pengurusan UUM.

Sepanjang pasukan ini berada di universiti, pihak UUM sentiasa terbuka terhadap apa juga cadangan dan teguran yang dikemukakan oleh pihak SIRIM bagi penambahbaikan sistem pengurusan kualiti di universiti ini.

Moga persediaan staf bagi menerima siri-siri lawatan audit sama ada audit pemantauan atau audit pensijilan ini akan sentiasa menjadi sebahagian daripada amalan dan budaya kerja di universiti. - KitaReporters/UUM


Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada  Dr Shahanif Hassan. 


8
17
0
10
0
You will be interested