Kampus & Pendidikan 31 May, 2022

Jaga keharmonian, keamanan! Nasihat Setiausaha Agung Muslim Council Of Elders! Lawatan ke USIM!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada [email protected]

Share this


UNIVERSITI Sains Islam Malaysia (USIM) menerima lawatan rasmi daripada Mohamed Mahmoud Abdelsalem yang juga merupakan Setiausaha Agung Muslim Council of Elders, Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Setiausaha Agung bagi The Higher Committee of Human Fraternity yang merupakan sebuah badan jawatankuasa antarabangsa bebas yang ditubuhkan untuk mempromosikan agenda dan nilai persaudaraan dalam kalangan insan.

Dalam majlis ringkas yang diadakan bertempat di Dewan Serbaguna Kolej Genius Insan USIM ini, Abdelsalem menyampaikan syarahan ringkas yang menyentuh isu keharmonian, peradaban dan pembangunan komuniti Islam di seluruh dunia


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus USIM



Dalam syarahan ringkasnya, beliau berkata bahawa, adalah penting untuk umat Islam mempunyai ilmu serta berusaha mendapatkan akses kepada pendidikan bagi memastikan syiar Islam dan ketamadunan yang sedia ada terpelihara. 

“Pembangunan yang yang ditunjukkan oleh Malaysia secara tidak langsung menjadi sumber kebanggaan kepada dunia Islam. Pelajar Kolej Genius Insan ini juga berupaya mengubah sejarah dan menerajui negara ini ke arah yang lebih baik melalui kemajuan ilmu pengetahuan dan usaha keras mereka” jelas beliau lagi.

Beliau turut mengingatkan para tetamu yang hadir dalam majlis tersebut untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan meskipun berbeza ras, agama dan bangsa.


Sesi soal jawab dari Pelajar KGI USIM


Dalam kunjungan beliau ke USIM, beberapa agenda pendidikan turut dibincangkan dan telah dicadangkan untuk diadakan pada masa akan datang bersama Muslim Council of Elders, antaranya penubuhan sebuah kursi yang diberi nama “Grand Imam Ahmad Al-Tayeb” Chair for Global Peace Studies, penubuhan Akademi Belia serta penubuhan Pusat Bahasa Arab “Al-Azhar Al-Sharif” bagi membangunkan kemahiran bahasa Arab, untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelajar Malaysia untuk mempelajari bahasa Arab sebagai persediaan untuk kemasukan mereka ke Universiti Al-Azhar.

Majlis tersebut kemudiannya diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata antara kedua-dua pihak. - KitaReporters


20
19
0
14
0
You will be interested