Kredit foto: FB Qatar Debate
DUA pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumkan nama negara dan universiti apabila muncul sebagai Pendebat Terbaik dan turut dinobatkan sebagai Naib Johan di pentas International Universities Arabic Debating Championship atau Kejohanan Perdebatan Bahasa Arab Universiti Antarabangsa Keenam (kategori bukan penutur bahasa Arab) bertempat di Universiti Ibn Haldun, Istanbul, Turki baru-baru ini.
Kejohanan perbahasan ini juga sebahagian program QatarDebate oleh Pusat Debat Qatar (Qatar Debate Centre) anjuran Yayasan Qatar.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pertandingan debat
Mereka adalah Muhammad Suhail Tsaqif Mohamed Ishak, pelajar tahun empat Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) dan Afiq Arsyad Awang@Tarmizi, pelajar tahun dua Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) yang menewaskan dua peserta dari Universiti Ibn Khaldun.
Manakala dua lagi peserta yang membarisi pasukan debat USIM adalah Haafizah Mohd Rosli pelajar tahun dua dan Maisarah Ahmad Azmi pelajar tahun satu dari Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU).
Menurut
Ahmad Norsyafwan Norwavi selaku jurulatih berkata, ini merupakan penyertaan
USIM kali keempat yang disertai 90 pasukan pendebat seluruh dunia dari 50
negara. Hanya tiga pasukan yang mewakili Malaysia iaitu USIM, Universiti Islam
Antarabangsa (UIA) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada pertandingan debat pada tahun 2022 ini.
"Bertanding
dalam kategori bukan penutur asli dengan tema pertandingan kali ini “Keamanan
Sejagat Adalah Tanggungjawab Bersama”, saya kagum dengan semangat para pelajar
yang sentiasa mengambil kesempatan untuk terus belajar dan memberikan yang
terbaik serta membawa nama USIM dan Malaysia pada peringkat antarabangsa.
“Walaupun
hampir dua tahun tiada pertandingan kompetitif disebabkan pandemik, namun
pelajar dan para alumni debat bahasa Arab terus komited membentuk pasukan yang
terbaik untuk dibawa ke pertandingan ini”, ujarnya lagi.
Manakala bagi Muhammad Suhail Tsaqif Mohamed Ishak selaku ketua pasukan, beliau turut berkongsi kegembiraan walaupun pelbagai cabaran ditempuhi oleh ahli pasukan untuk mengekalkan momentum yang tenang, serta menghasilkan idea kritis lagi menarik dalam masa singkat yang diberikan. - KitaReporters
Muhammad Suhail Tsaqif Mohamed Ishak muncul pendebat terbaik dalam kategori bukan penutur asli.