Kampus & Pendidikan 20 Oct, 2020

Terima kasih UUM! Pelitup muka untuk Kelab Media Elit Kedah

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

PERANAN wartawan yang bertugas mendapatkan bahan untuk penerbitan dan penyiaran dihargai warga Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan membekalkan pelitup muka untuk diagihkan kepada petugas media di negeri Kedah. Alhamdulillah dan terima kasih daun keladi. : KitaReporters


Dr Massudi Mahmuddin (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada Kumaran Rajamoney.


Lagi cerita-cerita berkaitan Universiti Utara Malaysia:

Dekan Hal Ehwal Pelajarnya, Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin yang menyampaikan sumbangan itu berharap rakan-rakan media terutama di negeri Kedah sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan mereka terutama ketika membuat liputan wabak Koronavirus 2019 (COVID-19) ini.

Katanya wartawan yang bertugas di barisan hadapan ini juga harus peka dan sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan mereka dalam masa bergegas untuk mendapatkan bahan berita untuk disampaikan kepada umum.


Dr Massudi (tengah) menyampaikan ucapan.


"Kami di UUM sentiasa mendoakan keselamatan rakan-rakan media dan keluarga kerana peranan wartawan juga sama penting dengan barisan hadapan negara," katanya ketika berucap di majlis penyampaian pelitup muka di bilik mesyuarat Pusat Kegiatan Pelajar universiti ini.

Pelitup muka sumbangan daripada warga Inasis Malten dan Prowins itu disampaikan oleh Dekan HEP kepada Presiden Kelab Media Elit Kedah (KMEK) Kumaran Rajamoney.


 


Dalam pada itu, Kumaran ketika berucap pada majlis itu menghargai pelitup muka yang diberikan untuk kegunaan petugas media kedah.

Katanya, pelitup muka yang disampaikan ini merupakan barangan keperluan utama terutama rakan-rakan media ketika membuat liputan.

“Kami amat berterima kasih dan terharu kerana warga HEP UUM menghargai  dan menyampaikan pelitup muka yang amat berguna terutama ketika membuat liputan COVID-19 ini," katanya.

Turut hadir Pengetua Malten Dr Rohani Abdullah, Pengetua Prowins Dr Rohafiz Sabar, Penolong-penolong pengetua dan Presiden Malten Muhammad Saniy Samsudin. - KitaReporters


Majlis Penyampaian sumbangan pelitup muka di Pusat Penginapan Pelajar UUM.

9
1
1
0
0
You will be interested