Kampus & Pendidikan 21 Nov, 2020

Pilihan raya kampus UUM 100% online! Semuanya dalam talian!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mungkin boleh sedikit sebanyak belajar daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) memandangkan universiti itu akan mengadakan Pilihan Raya Kampusnya seratus peratus secara dalam talian (online) pada 26 Novermber 2020. : KitaReporters



Barisan Sekretariat Pilihan Raya Kampus UUM bergambar bersama TNC HEPA Prof Madya Dr Hendrik Lamsali (tengah batik merah).


Lagi artikel-artikel berkaitan Universiti Utara Malaysia:

https://kitareporters.com/search?search=uum


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Hendrik Lamsali berkata, sesi penamaan calon, kempen dan pengundian semuanya dijalankan secara online.  

"Proses pilihan raya kali ini juga seperti tahun sebelumnya tetapi bezanya dibuat secara online, sekali gus bebas Pendemik Koronavirus (COVID-19)," katanya ketika menghadiri majlis angkat sumpah 20 pelajar yang terlibat sebagai Ahli Sekretariat Pilihan Raya Kampus Sesi 2020/2021.

Oleh itu beliau berharap semua pelajar kampus ini menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, manakala calon-calon yang bertanding mematuhi peraturan pilihan raya dan jagalah nama baik universiti sepanjang berkempen.


Universiti TNC HEPA UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali (tengah) bersama Sekretariat Pilihan Raya Kampus UUM.


Pada majlis yang sama Muhammad Nazmi Akmal Rahman yang dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Pilihan Raya Kampus UUM dan Behoney Low Lee Tong yang dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya bersama 20 Ahli Sekretariat Pilihan Raya Kampus sesi 2020/2021 mengangkat sumpah di bilik Mesyuarat Pusat Penginapan Pelajar (SAC) dengan disaksikan oleh TNC HEPA Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali; Dekan Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin; Pengarah Bahagian Pembangunan Pelajar Roslee Mardan; dan beberapa pegawai JHEP.

Sekretariat yang dilantik ini diharap dapat menguruskan pilihan raya ini dengan penuh tanggungjawab dan  mengamalkan nilai-nilai integriti, ketelusan dan kesaksamaan. 


Muhammad Nazmi Akmal Rahman (kiri) menerima watikah pelantikan sebagai Pengerusi Sekretariat Pilihan Raya Kampus UUM.


 

Behoney Low Lee Tong yang dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Kampus.


Sementara itu, Muhammad Akmal ketika ditemui berkata, mereka akan melaksanakan tanggungjawab yang diberi dan mematuhi peraturan yang digariskan sepanjang pilihan raya berlangsung.

"Amanat TNC HEPA akan kami patuhi terutama yang melibatkan hal-hal berkaitan undang-undang dan peraturan.

"Dalam pada itu, kami juga akan memastikan agar pemilihan tidak diresapi elemen-elemen dan pengaruh politik luar seperti kata Prof Madya Dr Hendrik. Kerana itu, kami perlu sentiasa fokus dan berperanan sebagai ‘pengurus’ pilihan raya kampus dan bukan sebagai ‘ahli politik’," ujarnya. 

UUM buat kali kedua melaksanakan pilihan raya kampus yang diuruskan sendiri oleh pelajar. Ini adalah bagi merealisasikan konsep ‘student empowerement’, di samping melatih pelajar menjadi pengurus yang cekap.  

UUM dijadualkan akan melaksanakan pilihan raya kampus sepenuhnya secara online memandangkan pelajar UUM kini tidak berada di dalam kampus. 



16
1
0
2
0
You will be interested