Menara Gading 02 Jul, 2022

Ikon Motivator Muda! USIM hantar wakil ke Intervasity Young Motivator Competition (I-Mac) 2022!

@strategic communication centre (stracomm) usim
Pusat Komunikasi Strategik ( StraComm) merupakan pusat informasi rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sebarang pertanyaan boleh emelkan kepada prousim@gmail.com

Share this


Muhammad Nur Afiq Kamarul Arifen, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dan Shamsul Aiman Mu’amar Shamsul Bahrin dari Fakulti Pengajian Bahasa Utama telah dipilih sebagai Johan dan Naib Johan pada sesi akhir Kejohanan Motivator Muda Piala Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Johan dan Naib Johan ini akan bertanding di Kejohanan Intervasity Young Motivator Competition (I-Mac) peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada November 2022 akan datang anjuran Majlis Kaunseling dan Kerjaya Universiti-universiti Awam (MAKUMA) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus USIM


Program yang diadakan sebagai acara tahunan ini bertujuan untuk mencari bakat mahasiswa yang boleh diketengahkan sebagai Ikon Motivator Muda kepada masyarakat. 

Program ini telah dianjurkan mulai tahun 2014 dan memberi impak kepada universiti untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang sebagai pembimbing dan mempunyai kemahiran pengucapan awam yang berasaskan motivasi.

Kejohanan ini berlangsung selama 5 hari bermula 25 Jun 2022 melalui penganjuran bengkel dan peringkat saringan berlangsung pada 27 Jun 2022. 

Seramai 5 peserta telah layak dipilih ke peringkat akhir dan Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Motivator Muda Piala Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti disempurnakan oleh Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM.



“Seramai 14 orang peserta daripada pelbagai fakulti di USIM telah menyertai kejohanan ini dan kelainan yang diketengahkan pada kali ini adalah nama program yang telah diberikan nafas baru, pemberian piala pusingan iaitu Piala Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti sebagai hadiah utama kejohanan ini termasuk hadiah wang tunai dan juga sijil,” ujarnya.

Pemenang tempat pertama membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,800 berserta piala pusingan, diikuti tempat kedua menerima hadiah wang tunai RM1,500 manakala tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM1,000. Kategori Persembahan Terbaik dan Video Terbaik masing-masing membawa pulang wang tunai RM500.00.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pemenang dalam kejohanan pada kali ini. Semoga program ini terus dilaksanakan sebagai wahana dalam usaha memupuk dan mengukuhkan jati diri anak bangsa. 

"Usaha ini bakal melahirkan generasi rabbani yang mencintai ilmu dan diharapkan ianya diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT,” ujar Dr. Zulkifli. - KitaReporters/USIM


9
8
0
16
0
You will be interested

Minat sambung belajar? USIM buka peluang kemasukan! Untuk pelajar golongan B40! Tutup 10 Sept 2022!

USIM buka laluan untuk kemasukan khas ke USIM melalui Mod B40 untuk para pelajar lepasan STPM/setaraf untuk sambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda di USIM

Berita baik! IKTBN Alor Gajah tawar peluang kemahiran! Makan, minum, pengajian dan elaun dibiayai!

Belia-belia Melaka khususnya lepasan SPM atau sekurang-kurangnya tamat tingkatan lima dipelawa untuk rebut peluang pengajian secara percuma di IKTBN Alor Gajah
Nur Sabrina Samsudin in Menara Gading 6 days ago

Video| Faedah takaful! Anak pegawai tadbir UUM terima RM82k! Skim Takaful MKSK UUM-Takaful Ikhlas!

Nur Fathiah Atiqah Affendy anak Pegawai Tadbir Jabatan Pendaftar UUM, Allahyarham Affendy Muhammad terima replika cek RM82k Skim Takaful MKSK UUM-Takaful Ikhlas
Corp Comm UUM in Menara Gading 1 week ago

Video| Usaha lonjakkan lagi pencapaian! Semakan Prestasi Pelan Strategik UUM dibincang, diteliti!

Seramai 160 peserta sertai Bengkel Semakan Prestasi Pelan Strategik UUM 2022 yang dirasmikan Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah di EDC-UUM, Sintok
Corp Comm UUM in Menara Gading 1 week ago

Tahniah MMU! Karya filem pendek pelajar akan ditayang di luar negara! Pameran filem antarabangsa!

Wisma Putra menerusi bahagian kebudayaan bercadang ingin ketengahkan filem-filem pendek hasil karya pelajar MMU di pameran-pameran filem antarabangsa - Menteri
Corp Comm MMU in Menara Gading 1 week ago