Menara Gading 17 Feb, 2021

Video| Kebenaran diberi! Pelajar Pengajian Pendidikan UUM tertangguh praktikum mula mengajar

@samsudin oli mohamed
34 tahun berpengalaman sebagai Jurufoto Berita Harian, Jurufotografi UUM, Wartawan bebas Akhbar Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, Kosmo, Sinar Harian, Majalah Pendidik, Dewan Masyarakat, Rtm Kedah/Perlis, Penceramah Fotografi, kewartawanan

Share this

Prof Madya Dr Yahya Don  (dua dari kiri) menyerahkan Buku Rekod Persediaan mengajar kepada Nur Hazirah Azhar.


PELAJAR Pusat Pengajian Pendidikan (PPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) yang tertangguh praktikum akibat pandemik COVID-19 sejak dua semester lalu memulakan praktikum mereka selepas mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di seluruh semenanjung.

Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Prof Madya Dr Yahya Don ketika ditemui berkata 36 pelajarnya telah diterima untuk mengajar di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara.


Lagi laporan-laporan menarik berkaitan UUM:

https://kitareporters.com/search?search=UUM


Prof Madya Dr Yahya Don (tengah) bersama Dr Nor Hasmimah Ismail (kiri sekali) dan Dr Mohamad Syawal Narawi (kanan sekali).



"Kami memahami dan akur dengan KPM dan JPN yang terpaksa mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang terpaksa menutup sekolah dan tidak membenarkan pengajaran secara bersemuka ketika COVID-19," katanya.

Katanya, arahan itu juga sekali gus tidak membenarkan penempatan pelajar dari pusat pengajian itu ditempatkan di sekolah-sekolah sebagai guru.

Namun kini KPM dan JPN telah membenarkan pelajar UUM untuk ditempatkan bukan sahaja di negeri Kedah malah di seluruh semenanjung.

"Pelajar-pelajar yang akan menjalani latihan praktikum ini kami telah beri penekanan supaya mematuhi Prosedur Amalan Standard (SOP) dan membantu pelajar-pelajar yang akan menempuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 22 Februari 2021 nanti khususnya," katanya ketika ditemui pada majlis majlis penyerahan Buku Rekod Persediaan Mengajar kepada pelajar-pelajar itu.


Dekan bergambar dengan pelajar dan Penyelaras Program Praktikum.


Sementara itu, beberapa pelajar yang ditemui berjanji akan menjaga nama baik universiti dan mengalas tanggungjawab yang diamanahkan itu.

"Kami berjanji akan menjalankan tanggungjawab kami untuk mengajar dan membantu pelajar dan pihak sekolah di tempat kami mengajar nanti," kata Izzah Mohamad Zaki, 26, dari Pendang, Kedah.


Izzah Mohamad Zaki (kiri) menerima buku Rekod Persediaan Mengajar daripada Prof Madya Dr Yahya Don.


Manakala rakannya Nur Hazirah Azhar pula berkata, saranan Dekan supaya mereka juga membantu Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan.

"Kami bersyukur dan berterima kasih kepada Pusat Pengajian Pendidikan kerana telah berusaha sehingga dapat menjalani latihan praktikum walaupun sebelum ini tertangguh dua semester," katanya ketika ditemui.

Turut hadir masa penyerahan Buku Rekod Persediaan Mengajar itu ialah Penyelaras Program Praktikum Dr Nor Hasmimah Ismail dan Dr Mohamad Syawal Narawi. - KitaReporters


Penyelaras Program Dr Mohamad Syawal Narawi menerangkan buku Rekod yang perlu diisi oleh pelajarnya. 

You will be interested

Video| Barangan keperluan dah berkurangan! Tapi UUM terus agih makanan! Alu-alukan sumbangan!

Barangan makanan di pusat mengumpul foodbank UUM makin berkurangan disebabkan PKP berlarutan namun pihak universiti terus berusaha untuk jaga kebajikan pelajar

Video| UniMAP lancar plat khas siri UR! Pertama tawar siri khas di luar akronim universiti!

UniMAP lancarkan nombor pendaftaran khas siri UR, UR1 hingga UR9999, yang boleh dibida sehingga 4 Mac 2021 ini dengan nilai bidaan tertinggi bernilai RM300,000
Suhana Abdul Mutalib (UniMAP) in Menara Gading 1 week ago

Gerbang Digital Pelancongan Setiu! UMT perkasa kualiti hidup nelayan Setiu melalui pelancongan

Keprihatinan UMT untuk bantu komuniti nelayan diterjemahkan lalui usaha dan geran “Memperkasakan Kualiti Hidup Nelayan Setiu Berteraskan Aktiviti Pelancongan”
Mohammad Ishak in Menara Gading 1 week ago

Inisiatif tanggungjawab sosial universiti (USR)! Pelajar ikuti PdPR di makmal komputer UniMAP

18 pelajar sekolah daripada keluarga kurang berkemampuan sekitar Kangar ikuti sesi PdPR di Makmal Komputer Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia (FTKK) UniMAP
Suhana Abdul Mutalib (UniMAP) in Menara Gading 1 week ago

Video| Kupon Kasih: Terima kasih UUM! Kupon makanan bernilai RM8,400 untuk pelajar di Sintok!

Kupon makanan bernilai RM8,400 tdiedarkan kepada 120 pelajar yang menetap di kampus UUM Sintok, yang bolehkan para pelajar beli makanan di kafeteria universiti
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 3 weeks ago