Kampus & Pendidikan 22 Mar, 2022

Jom kita bersedekah! Program Ihya’ Ramadan 1443H UUM! RM367,200 diperlukan! Untuk 1,300 pelajar!

@corp comm uum
Kelab Mobile Journalist UUM

Share this


Universiti Utara Malaysia (UUM) menjangkakan perbelanjaan sebanyak RM367,200 diperlukan untuk sambutan Ihya’ Ramadan 1443H yang dianjurkan oleh Pusat Islam universiti bagi tahun 2022 ini.

Naib Canselornya Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, wang sejumlah itu akan digunakan untuk penyediaan jamuan berbuka puasa dan moreh pada setiap hari kepada lebih 1,300 mahasiswa dan jamaah di Masjid Sultan Badlishah, Masjid Imam As-Syafie Bukit Kachi dan Surau Inapan Siswa (Inasis) Yayasan al-Bukhari dan Muamalat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sambutan Ramadan

Prof Dr Haim Hilman sedang berucap di majlis pelancaran.


Prof Dr Haim Hilman Abdullah (tengah) melancarkan program Ihya' Ramadan peringkat universiti.

“Saya berharap semua pihak dapat menggerakkan kempen ini bagi tujuan sumbangan Ihya’ Ramadan kerana amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan ini, sekecil apapun amalan itu akan mendapatkan pahala yang akan dilipatgandakan terutama memberi makanan dan minum kepada mereka yang berpuasa,” ujar beliau pada Majlis Pelancaran Sambutan Ihya’ Ramadan 1443H, Peringkat Universiti bagi tahun 2022M.

Beliau berharap sumbangan itu nanti dapat memberi kegembiraan terutama kepada mahasiswa yang telah kembali ke kampus  setelah dua tahun menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi tujuan mencegah penularan covid-19.


Majlis menandatangani plak perasmian.

Pada majlis ini beliau turut mengumumkan pihak universiti menyumbangkan sebanyak RM20,000 manakala Pusat Pengajian, Jabatan, Inapan Siswa, Persatuan kakitangan, Majlis Profesor, Pusat Alumni, Persatuan Alumni dan anak syarikat universiti boleh mengerakkan kutipan dan sumbangan untuk menjayakan program ini terutama pada bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan dan keampunan. 


Laman web http://giving.uum.edu.my/index.php/Community-Project turut dilancarkan.

Bagi mereka yang ingin menjayakan program ini pihak Pusat Islam UUM menganggarkan RM10 untuk seorang dan sumbangan atau dana boleh disalurkan terus kepada akaun Bank Islam 0209-3010-0000-10 (Dana Ramadan) atas nama Universiti Utara Malaysia.

Mereka boleh juga melayari laman web http://giving.uum.edu.my/index.php/Community-Project yang telah dibangunkan dengan kerjasama Bahagian Zakat Wakaf dan Endowmen BZWE di bawah Business Strategic and Development BSD, Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), UUM information Technology (UUMIT), Bendahari dan Pusat Islam UUM sempena Ihya’ Ramadan.

Turut hadir pada majlis ini ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti; Pendaftar Ahmad Rasidi Abdullah; Pengarah Pusat Islam, Ustaz Zar Ei Zakaria; pegawai-pegawai kanan universiti dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). - KitaReporters


Pengarah Pusat Islam UUM, Ustaz Zar Ei Zakaria.


Tabung untuk kutipan Ihya' Ramadan turut dilancarkan.
10
10
0
12
0
You will be interested