Kampus & Pendidikan 16 Jul, 2022

Tahniah UPM! Juara Pertandingan Debat Nuklear Antara Varsiti 2022! Juga gelaran pendebat terbaik!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


PASUKAN debat Universiti Putra Malaysia (UPM) menjuarai Pertandingan Debat Nuklear Antara Varsiti 2022 setelah berjaya menewaskan pasukan debat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Bangi, Selangor.   

UPM meraih piala pusingan, hadiah tunai RM3,000 dan sijil serta pendebatnya, Nur Ain Aqilah Rosli muncul sebagai pendebat terbaik

Kedua-dua pasukan membahaskan usul debat bertajuk ‘Bebas Karbon 2050: Sudah Tiba Masanya Malaysia Mengimplimentasikan Loji Jana Kuasa Nuklear’ di mana UPM beraksi selaku wakil kerajaan dan USIM wakil pembangkang. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan hal-hal perdebatan

Pasukan debat UPM, dari kiri, Muhammad Alif, Iskandar Zikry, Nur Ain Ailah dan Muhammad Hakim.


Pendebat UPM dibarisi Muhammad Hakim Nor Zamani dari kursus Bacelor Sains Bioperubatan, Iskandar Zikry Zakaria (Bacelor Pendidikan Bimbingan Dan Kaunseling (Kepujian), Nur Ain Aqilah Rosli (Bacelor Sains Statistik Dengan Pendidikan) dan Muhammad Alif Mohd Roaim (Bacelor Sains Fizik Dengan Pendidikan)

Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari dianjurkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di UKM Bangi dengan rakan kerjasama agensi pelaksana iaitu Nuklear Malaysia dan Atomic Energy Licensing Board (Lembaga Perlesenan Tenaga Atom atau AELB)

Empat lagi pasukan yang menyertai debat tersebut ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan tuan rumah UKM.  

USIM selaku Naib Johan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan sijil pencapaian.  


Pendebat Terbaik, Nur Ain Aqilah


Mengulas mengenai kemenangan selaku pendebat terbaik, Nur Ain Aqilah berkata kejayaannya merupakan hadiah buat Kelab Debat Bahasa Melayu UPM (KDBM Putra) yang melatihnya dalam dunia pengucapan awam. 

“Saya sangat bersyukur atas anugerah ini kerana telah lama berusaha memantapkan gaya perdebatan,” katanya. 

Turut hadir Ketua Pengarah AELB, Raja Abdul Aziz Raja Adnan; Timbalan Ketua Pengarah AELB, Noraishah Pungut; dan Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat Agensi Nuklear Malaysia, Habibah Adnan.  - KitaReporters/Kenyataan Media



16
15
0
7
0
You will be interested