Kampus & Pendidikan 07 Mar, 2026

Kemahiran digital untuk pelajar pondok! Usaha transformasi digital Institusi Pendidikan Islam! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Kerajaan, pada 7 Mac 2026, melancarkan Inisiatif Transformasi Digital (ITD) Institusi Pendidikan Islam (IPI) yang memperkenal latihan teknologi dan kemahiran digital kepada pelajar pondok dan madrasah. 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu bertujuan memastikan anak-anak pondok dan pusat-pusat pendididkan agama lain, yang menguasai tradisi ilmu agama, diperlengkap juga dengan kemahiran yang relevan dengan perkembangan dunia hari ini.

Katanya, inisiatif ini adalah usaha yang digerakkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

ITD IPI merupakan inisiatif pemodenan pembelajaran agama melalui integrasi teknologi, seperti latihan digital untuk pelajar pondok/madrasah oleh MDEC dan JAKIM. 

Ia dibentuk ke arah memperkasa kemahiran moden, meningkatkan efisiensi pentadbiran, serta memperluas akses ilmu tanpa meninggalkan tradisi ilmu agama.



Terdahulu, Perdana Menteri tiba di Permatang Pauh pada tengah hari untuk menghadiri Majlis Perasmian Masjid Jamek Mengkuang Titi yang telah siap dibina.

Masjid ini dibina hasil kerjasama dan sumbangan ahli kariah, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Pembinaan masjid ini adalah manifestasi usaha membangun dan mengimarahkan masjid yang menjadi tanggungjawab bersama masyarakat dan pemerintah, seperti yang dianjurkan dalam al-Quran.

"Saya turut menghargai pengenalan program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di masjid ini.

"Diharapkan usaha ini akan merancakkan penglibatan anak muda menjadikan masjid sebagai ruang yang hidup, bukan sekadar tempat ibadah tetapi juga pusat ilmu, pembinaan sahsiah dan kegiatan masyarakat," jelas Anwar.

Insya-Allah, katanya lagi. Kerajaan Madani akan terus bekerja sedaya mungkin dalam menangani cabaran semasa dan memastikan negara kekal aman keamanan negara agar rakyat dapat terus menikmati manfaat pembangunan dan 

kemajuan. - KitaReporters/Kenyataan Media


9
5
0
8
0
You will be interested