Kampus & Pendidikan 28 Jul, 2023

Syabas Muhammad Helmy! Genggam ijazah kelas pertama! Walaupun perlu jaga ibu, nenek dan pakcik OKU!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Muhammad Helmy berbual dengan Prof Dr Mohd Foad Sakdan (dua dari kanan).


Graduan Sarjana Muda Kaunseling, Muhammad Helmy Abdullah yang sebelum ini menjaga ibu dan nenek serta pakciknya yang kurang upaya (OKU) bertekad untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Phd) selepas menerima Ijazah Kelas Pertama daripada Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan pada Majlis Konvokesyen ke-35 pada 27 Julai 2023.

Katanya, kehilangan ayah tercinta ketika usianya setahun dan diikuti nenek dan pakciknya pada tahun 2021 semasa COVID-19 tidak mematahkan semangatnya untuk terus memburu cita-citanya untuk mengenggam segulung ijazah.


Muhammad Helmy Abdullah bersama ibunya Che Baya Ali. 


“Cita-cita pertama saya telah tercapai dan kini saya berhasrat untuk teruskan pengajian ke peringkat sarjana sebelum peringkat PhD nanti,” ujarnya lagi.

Sebelum ini Muhammad Helmy yang melanjutkan pengajian di UUM terpaksa berulang alik setiap minggu untuk melihat dan memberi perhatian kepada ibu, nenek dan pakciknya yang OKU.

Namun selepas kematian nenek dan pakciknya, Muhammad Helmy teruskan tanggungjawab memberi perhatian kepada insan-insan kesayangannya walaupun kini bertugas di Independent Living Centre (ILC) Permai UUM yang menyediakan perkhidmatan kepada semua kategori OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Konvokesyen kali ini juga amat bermakna bagi saya kerana bukan sahaja berjaya mendapat kelas pertama malah dapat berjumpa dengan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) selepas majlis konvokesyen pagi tadi,”katanya ketika ditemui. - KitaReporters



Muhammad Helmy bersama graduan kelas dan pensyarahnya. 

15
13
0
15
0
You will be interested