Kampus & Pendidikan 30 May, 2022

Tahniah UMT! Majlis hari raya berkonsep alam sekitar! Bawa bekas makanan sendiri, tiada polistirena!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Sebahagian anak yatim yang turut diraikan pada majlis sambutan Hari Raya UMT. - Gambar kredit: Media Kretif UMT


MAJLIS sambutan hari raya Universiti Malaysia Terengganu (UMT), bertemakan Raya Keluarga Malaysia@UMT dengan mengetengahkan konsep Aidilfitri Lestari – “Bring Your Own Plate”, UMT tampil mencipta kelainan melalui kempen Selamatkan Bumi dengan membawa bekas makanan sendiri atau mengatakan "tidak" kepada polistirena

Konsep ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan polisterina atau plastik serta memberi kesedaran kepada warga UMT terhadap kepentingan memulihara alam sekitar, berikutan penggunaan polisterina tanpa kawalan membawa kepada kemusnahan ekosistem alam serta mengancam hidupan marin.


Lagi

Pelajar dan warga kerja UMT menunjukkan tanda bagus dengan hidangan saty


Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata konsep ini adalah salah satu cara pihak universiti memainkan peranan untuk memulihara alam sekitar

“Dengan membuat perubahan kecil dalam kehidupan seharian kita, kita dapat membantu membina negara yang lebih hijau dan lebih mampan untuk generasi-generasi seterusnya," katanya.

Tambahnya kesan jangka panjang penggunaan plastik yang merupakan bahan pepejal sukar diurai di dalam tanah menyebabkan tanah menjadi berasid dan tidak sesuai untuk pertanian.


Aiskrim turut menjadi hidangan pemanis mulut sempena sambutan Aidilfitri UMT


“Membawa bekas makanan sendiri juga menyokong salah satu elemen dalam kempen kesedaran 3R (Reduce, Reuse, Recycle) yang merujuk kepada pengurangan sisa yang dijana termasuklah sisa plastik," ujarnya.

Menyambut baik konsep yang diketengahkan ini, Persatuan Pentadbir dan Ikhtisas (Perentas) UMT tampil menaja bekas makanan untuk jamuan Aidilfitri ini dalam mengekalkan kelestarian bumi.  

“Mangkuk tingkat” yang diagihkan kepada warga UMT tersebut disampaikan oleh Mohd Najwa Fuad Tuan Man, selaku setiausaha Agung Perentas.


Dr Mazlan menyampaikan duit raya kepada salah seorang anak yatim


Menurutnya sumbangan ini merupakan tanda sokongan persatuan tersebut dalam memelihara kelestarian alam di samping meraikan Syawal bersama warga UMT dengan lebih bermakna. 

Raya Keluarga Malaysia@UMT turut meraikan 57 orang anak yatim yang terpilih di sekolah-sekolah sekitar UMT serta Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Darul Akhyar. Duit raya untuk anak-anak yang diraikan tidak dilupakan dan disampaikan oleh Profesor Datuk Dr. Mazlan sendiri.


Sebahagian tetamu jemputan dan pelajar yang hadir meraikan sambutan Hari Raya UMT


Kemeriahan sambutan raya tahun ini diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan poster raya antara Pusat Tanggungjawab (PTj), pertandingan gerai berhias, pakaian tercantik dan banyak lagi aktiviti menarik disediakan. Ditambah pula dengan kehadiran hampir 2000 warga UMT dan tetamu jemputan. 

Kemeriahan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah warga UMT, tambahan selama dua tahun suasana sebegini tidak dirasai akibat penularan wabak COVID-19. - KitaReporters


Pelbagai jenis kuih disediakan untuk tetamu sempena sambutan Hari Raya anjuran UMT

 

13
12
1
13
0
You will be interested