Kampus & Pendidikan 05 Nov, 2021

Video| UMT hebat boh! Kedudukan 167 universiti terbaik Asia! Universiti ke-16 terbaik Malaysia!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) kekal dalam kelompok 200 universiti terbaik Asia apabila berjaya meraih kedudukan 167 universiti terbaik Asia dalam penarafan QS Asia Universiti Ranking 2022 dengan lonjakan 28 anak tangga berbanding tangga 195 tahun 2020. 

Terbaharu, UMT mencatat peningkatan dalam penarafan ini buat tahun keempat berturut-turut sejak tahun 2019 dan  menyaksikan universiti yang berpangkalan di bumi Terengganu itu berada pada kedudukan ke-16 universiti terbaik di Malaysia.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Universiti Malaysia Terengganu


 

Prof Dr Mazlah Abd Ghaffar


Naib Cancelor UMT, Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, kejayaan tersebut  turut menyaksikan prestasi UMT naik dalam hampir semua indikator yang dinilai, dengan indikator pengantarabangsaan menyumbang markah tertinggi walaupun pada saat dunia masih berdepan dengan pandemik COVID-19.

Katanya, kejayaan itu juga selari dengan usaha UMT dalam memperkukuhkan kerjasama antarabangsa dan menunjukkan strategi keterlihatan global yang dilaksanakan di bawah Pelan Strategik UMT (PSUMT) 2018-2022 adalah berhasil. 

Beliau berkata, ia adalah hasil komitmen dan kerjasama seluruh warga UMT dalam meningkatkan produktiviti yang berkualiti dalam usaha menempatkan universiti ini dalam kedudukan universiti terbaik dunia.



“Pencapaian ini semestinya akan menyemarakkan lagi semangat warga UMT untuk terus maju ke hadapan dalam memenuhi visi UMT sebagai sebuah universiti berfokus marin terunggul dalam negara dan dihormati di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan media.

Katanya, ia juga menyaksikan UMT berada pada kedudukan ke-16 universiti terbaik di Malaysia.

“Pencapaian memberangsangkan UMT menunjukkan tekad universiti untuk meningkatkan kualiti dan prestasi secara konsisten dalam pengajaran-pembelajaran, penyelidikan-inovasi dan pemindahan ilmu dengan matlamat untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang dihormati.

QS Asia University Ranking ialah agensi beroperasi di United Kingdom yang membuat penarafan 687 universiti utama Asia- KitaReporters


Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


4
7
1
8
1
You will be interested