Menara Gading 30 Jun, 2021

Majlis anugerah kecemerlangan pelajar secara maya! KKTM Lenggong tetap zahirkan penghargaan!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Bangunan utama KKTM Lenggong yang tersergam indah.


KOLEJ Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Lenggong, Perak menzahirkan penghargaan kepada pelajar yang belajar bersungguh-sungguh sehingga cemerlang dalam pelajaran menerusi satu majlis secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lockdown Covid-19 pada 25 Jun 2021 lalu.

Akur kepada norma baharu pandemik Covid-19 itu, Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar KKTM Lenggong itu, berjalan dengan lancar apabila hampir keseluruhan majlis berkenaan diikuti pelajar bersama keluarga  secara dalam talian dari rumah menerusi aplikasi ‘Microsoft Teams’. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan



Moderator Norhafez Saidin.


Majlis secara maya yang berlangsung lebih satu jam itu dikendali oleh dua moderator iaitu Pegawai Media dan Pustakawan KKTM Lenggong, Norhafez Saidin dan Pensyarah Matematik KKTM itu, Noor Fadzilah Mohamed.

Walaupun berlangsung secara maya, majlis tersusun rapi bermula pelajar diminta menyanyikan lagu Negaraku diikuti lagu MARA seterusnya mengaminkan bacaan doa yang disampaikan wakil Majlis Perwakilan Pelajar, Mohamad Kamil Hakim, kemudian diikuti perasmian majlis oleh Pengarah KKTM Lenggong, Wan Sabri Wan Ismail.


Moderator Noor Fadzilah Mohamed.


Mohamad Kamil Hakim membaca doa sebelum majlis bermula.


Selepas itu dua moderator berkenaan mengumumkan nama pelajar yang menerima sijil dan hadiah sagu hati anuegarah berkenaan mengikut tahun semester pengajian dan diakhiri dengan penerima Anugerah Platinum.

Pada majlis itu juga, pelajar semester enam program Diploma In Packaging Technology and Design yang menjalani latihan industri, Allahyarhamah Intan Nur Sakinah Saidon Azaha yang meninggal dunia 7 Jun lalu turut menerima sijil dan hadiah sagu hati Anugerah Dekan berkenaan.

Wan Sabri Wan Ismail. 


Wan Sabri dalam ucapan perasmian majlis itu, berkata 297 pelajar menerima sijil dan hadiah sagu hati Anugerah Dekan kerana berjaya mencapai purata nilai gred (GPA) antara 3.5 hingga 4.00.

Menurutnya, anugerah itu untuk pelajar bagi tiga sesi semester pengajian iaitu Julai hingga Disember 2019, Januari hingga Jun 2020 dan November 2020 hingga April 2021. 

Majlis itu juga turut meraikan sembilan pelajar yang menerima Anugerah Platinum kerana konsisten mendapat Anugerah Dekan setiap semester.

Beliau berkata, mereka yang cemerlang dan hebat itu diharap menjadi  inspirasi kepada pelajar lain untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan disamping menguasai bidang teknoIogi maklumat (IT) untuk mendapat ilmu yang dipelajari selaras norma baharu pendidikan sekarang.


Antara pelajar yang menerima Anugerah Dekan bagi sesi semester pengajian Julai hingga Disember 2019.


“Berikutan pandemik Covid-19 ini pelajar terpaksa menerima hakikat terpaksa belajar secara norma baharu begitu juga dengan pensyarah yang mengajar menerusi  dalam talian bagi memastikan siswa mendapatkan ilmu untuk keperluan hidup yang lebih baik pada masa depan. 

“Kami turut prihatin apabila ada sesetengah ibu bapa hilang pekerjaan atau pendapatan terjejas kerana pandemik Covid-19 ini tetapi pelajar perlu ingat dengan ilmu sahaja dapat mengubahkan masa depan termasuk membela nasib keluarga,” katanya.

Wan Sabri berkata, dalam situasi negara dilanda pandemik Covid-19 sekarang pelajar perlu bermuhasabah diri di samping untuk lebih kreatif bagi merangkul  pencapaian terbaik dalam akademik walaupun belajar secara maya.


Antara pelajar yang menerima Anugerah Dekan bagi sesi semester pengajian Januari hingga Jun 2020.


Menurutnya, ilmu tetap perlu walaupun dalam pandemik Covid-19 kerana dengan ilmu sahajalah bakal menjamin masa depan pelajar untuk mencari pekerjaan yang memerlukan kemahiran kompetensi supaya mendapat pendapatan lebih baik.

Beliau berkata, dalam pandemik Covid-19 itu jika pelajar menghadapi masalah dari segi emosi  yang terganggu, mereka boleh berhubung dengan pensyarah atau kaunselor untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah berkenaan. 

“Saya berharap semua pelajar menguasai bidang  IT, menguruskan emosi dengan baik serta mengetahui kreativiti supaya mudah mencapai hasrat dan cita-cita walaupun belajar secara maya, malah dalam talian lebih mudah untuk pelajar bertanya kepada pensyarah,” katanya. - KitaReporters


Antara pelajar yang menerima Anugerah Dekan bagi sesi semester pengajian November 2020 hingga April 2021.

You will be interested

Berita Terkini| MPM iktiraf 2 jenis kelayakan kepakaran perubatan! Pendaftaran pakar dalam NSR!

MPM iktiraf dua jenis kelayakan kepakaran perubatan bagi tujuan pendaftaran pakar dalam Pendaftaran Pakar Kebangsaan atau National Specialist Register (NSR)

News Editor 2 in Menara Gading 1 month ago

Coffee Talk! Santuni pelajar UPM berdepan peperiksaan akhir tahun! Anda tidak bersendirian!

Coffee Talk @ Pecutan Akhir Peperiksaan: Kejayaan Pasti Milik Anda Insya-Allah usaha UPM mengatasi masalah psikologi yang dihadapi para pelajar akibat COVID-19
Zul Akmar Jamaludin in Menara Gading 1 week ago

Skim latihan 'padawan' School of Hard Knocks UUM! Gandingkan usaha sama UUM dengan industri!

UUM lakar sejarah tersendiri apabila Menteri Pengajian Tinggi lancar School of Hard Knocks (SoHK), serahkan watikah pelantikan Fakulti Industri oleh CUIC-UUM
Samsudin Oli Mohamed in Menara Gading 2 weeks ago

Biz4You-th: Forum usahawan muda berkongsi pengalaman! Kelestarian keusahawanan semasa Covid-19!

Forum Biz4You-th: The Bazaar of Stories merupakan sebuah forum secara online tentang pengusaha perniagaan yang berjaya kekalkan perniagaan semasa wabak Covid-19
Editor 1 in Menara Gading 3 weeks ago