Kampus & Pendidikan 16 Oct, 2022

Tahniah UPM! Johan Kluster Teknologi Maklumat! Johan, naib johan IPT! Anugerah Inovasi Selangor 2022!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) menerima anugerah berganda apabila berjaya meraih johan dan naib johan Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2022 kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Kluster Teknologi Maklumat.

Teknologi ZWallet: aplikasi tanpa tunai yang selamat, fleksibel, dan Teknologi Blockchain yang mudah digunakan oleh Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zulkarnain dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) UPM meraih johan kategori Kluster Teknologi Maklumat.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berita-cerita inovasi


Kemenangannya itu memboleh beliau membawa pulang wang tunai RM 10,000 berserta sijil penyertaan.

"Kemenangan ini amat bermakna bagi saya dalam mengharumkan nama UPM secara amnya dan FSKTM secara khususnya. 

Kemenangan tersebut sangat signifikan dalam memastikan keselamatan setiap transaksi yang berlaku melalui wallet digital.

"Sekiranya kesemua transaksi digital selamat digunakan, ia akan membantu meningkatkan kehidupan masyarakat digital yang lebih dinamik," katanya.


Sementara itu, turut meraih johan IPT ialah projek NET-PEAT: Sistem Pencegahan Dan Amaran Awal Kebakaran Tanah Gambut Menggunakan Sistem loT oleh Prof. Ir. Dr. Aduwati Sali dari Fakulti Kejuruteraan UPM dan Pusat Penyelidikan Wireles dan Rangkaian Fotonik (WiPNET) UPM dan Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) UPM.

Manakala Projek Putra Pro-Cut and Putra Fast-Snap: Radas inovatif untuk teknik mengetut (marcotting) pokok oleh Rozaidi Md Yusof dari Pusat Pertanian Putra meraih naib juara IPT.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000 (johan) dan RM2,500 (naib johan) yang telah disampaikan oleh Setiausaha Negeri Selangor, Dato' Haris Kasim dalam Majlis 3rd Selangor R&D and Innovation Expo (SRIE) 2022 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). - KitaReporters/UPM


9
12
0
8
0
You will be interested