Kampus & Pendidikan 03 Oct, 2023

Ikuti pesan Nabi SAW! Dua siswa KUIPs ceburi bidang perniagaan! Cari pengalaman, timba pembelajaran!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this


Usamah Rusmayadi (kiri) dan Ade Setiawan Ahmad Royani (kanan) menjual buah di jalan menuju ke Padang Besar, Perlis.

Menyedari Islam menggalakkan umatnya untuk melakukan atau menceburkan diri dalam dunia perniagaan atau yang lebih tepat lagi sebagai usahawan maka dua pelajar Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) memilih untuk menjual buah-buahan berhampiran Terinai Lakeview Resort, Jalan Kaki Bukit di Tasik Timah Tasoh, Perlis.

Mereka masing-masing Usamah Rusmayadi dan Ade Setiawan Ahmad Royani mengambil peluang ini untuk belajar menceburi bidang perniagaan yang dimiliki rakan ibu angkat mereka dari Kedah.


Usamah Rusmayadi.

Pelajar semester satu program Ijazah Sarjana Muda Hadith, Usamah yang ditemui berkata, 90 peratus punca rezeki manusia adalah daripada hasil perniagaan seperti Hadis riwayat Tirmizi:  ‘Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.”

Katanya,  jika dilihat hari ini, kebanyakan orang yang berjaya dalam hidup ialah mereka yang menjalankan perniagaan dan ramai  kalangan usahawan juga adalah dari golongan yang miskin atau sederhana namun dengan semangat dan yakin dengan apa yang mereka lakukan akhirnya membuatkan mereka berjaya.

“Oleh itu walaupun sebagai membantu peniaga namun kami merasakan amat berharga kerana bukan sahaja dapat upah daripada hasil perniagaan tetapi yang penting mengambil pengalaman dan dapat berkomunikasi pula dengan penduduk negeri ini,” ujarnya lagi ketika ditemui.


Ade Setiawan Ahmad Royani.


Bagi pelajar semester dua Diploma Syariah, Ade Setiawan Ahmad Royani, 24, pula sebenarnya peluang yang menunggu amat banyak tetapi semuanya memerlukan usaha dan kesungguhan kita sendiri.

“Perniagaan boleh dijalankan dengan 1001 cara dan boleh bermula pada bila-bila  masa walaupun sebagai pelajar di institusi pengajian namun yang penting jenis perniagaan yang boleh diceburi dan perlu juga berusaha untuk mencarinya,” kata Ade Setiawan lagi.

Dengan jalinan dan hubungan serta aplikasi media sosial kini mudah bagi semua orang untuk memilih dan mencari peluang bukan sahaja sebagai pendapatan tambahan ketika cuti hujung minggu atau semester namun yang penting dapat menjana pendapatan untuk diri sendiri meningkatkan ekonomi keluarga.

“Sebagai pelajar walaupun pengurusan KUIPs telah menaja kami untuk pengajian dan menyediakan wang perbelanjaan setiap bulan tetapi kami juga perlu berusaha untuk mempelajari dan menunjukkan bahawa pelajar kolej ini juga aktif dalam bidang keusahawanan seperti institusi pengajian lain,” sambungnya lagi.


Pelanggan memilih buah durian.
Pastinya pelanggan mohon bantuan mereka memilih buah yang elok.

Usamah dan Ade Setiawan dilihat seperti berpengalaman ketika mengendalikan penjualan buah-buahan itu.

“Ketika saya berhenti untuk membeli buah durian saya terkejut dengan cara layanan dan kemesraan dua remaja ini melayan kami untuk membeli durian,” kata seorang kakitangan kerajaan Roziana Saad.

Katanya, mereka bukan sahaja memberitahu jenis buah-buahan yang dijual malah membantu untuk memilih buah durian yang elok dan lemak isinya.

“Moga dua pelajar ini bukan sahaja berjaya dalam bidang pengajian masing-masing malah mungkin pengalaman perniagaan ini dapat membantu mereka menjadi usahawan satu hari nanti,” ujar Roziana yang ditemui. - KitaReporters


Ketika tidak ada pelanggan mereka berbincang mengenai subjek pengajian mereka.

14
12
0
13
0
You will be interested