Kampus & Pendidikan 11 Oct, 2022

Tahniah! Adnan Yaakob terima doktor kehormat UnIPSAS! Kepimpinan dan Pembangunan Pendidikan Islam!

@nur ain darwishah
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan.

Share this


BEKAS Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Dalam Kepimpinan dan Pembangunan Pendidikan Islam pada Majlis Konvokesyen Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ke-19, di Kuantan pada 6 Oktober 2022 lalu.

Penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Canselor UnIPSAS, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan universiti UniPSAS


Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan Anugerah Ijazah Doktor Kehormat Dalam Kepimpinan dan Pembangunan Pendidikan Islam kepada Adnan Yaakob. 


Anugerah itu dikurniakan atas kelayakan dan mutu kepimpinan yang ditunjukkan sepanjang menerajui Pahang selain komitmen tinggi dalam memastikan pembangunan pendidikan Islam di UnIPSAS khususnya dan negeri ini amnya berjalan lancar.

Dalam ucapannya, Adnan bersyukur dan berterima kasih kepada UnIPSAS di atas anugerah yang diterimanya itu.

"Tiada apa yang dapat saya ucapkan selain berterima kasih dengan anugerah diberikan," katanya.

Beliau juga berpesan kepada graduan supaya meneruskan usaha mencapai tahap akademik tertinggi dan sentiasa berusaha terus cemerlang dalam dunia pendidikan. 

"Tahap pendidikan boleh merubah kedudukan dan masa depan masyarakat dan semuanya boleh dipelajari melalui percampuran dan pemerhatian terhadap nilai-nilai murni yang boleh diamalkan.

 "Untuk pensyarah, teruskan pembacaan, banyakkan penulisan artikel dan terbitkan makalah yang apabila diterbitkan boleh dijadikan rujukan pensyarah," katanya.

Adnan Yaakob ketika menyampaikan ucapannya di Majlis Konvokesyen UnIPSAS


Adnan yang dilahirkan pada 18 April 1950 di Bentong sebelum ini dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Yarmouk, Jordon pada 2010 dan Ijazah Doktor Kehormat Pengurusan Teknologi Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada 2017.
Adnan yang pernah dilantik sebagai Pro Canselor Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) juga berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) Kelas Pertama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun ini (2022). 

Adnan Yaakob ketika menyampaikan ucapannya di Majlis Konvokesyen UnIPSAS


Pada majlis itu seramai 1,160 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing. 

Daripada jumlah itu, seramai 982 penerima diploma, ijazah sarjana muda (177) dan seorang ijazah sarjana. Seramai 63 graduan pula menerima anugerah kecemerlangan dalam tujuh kategori. 

Turut hadir pada majlis itu, Pro Canselor I UnIPSAS, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; dan Pro Canselor II, Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - KitaReporters


9
17
0
12
0
You will be interested