Kampus & Pendidikan 08 Jul, 2023

Menang-menang! UUM, UMT rangka program, aktiviti bersama! Seperti adakan bengkel, seminar dan kursus!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain (tengah) menandatangani buku pelawat.


Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain mengunjungi Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Foad Sakdan untuk bertukar pandangan dan membincangkan agenda pemerkasaan mahasiswa antara dua universiti ini.

Prof Dr Mohd Foad yang ditemui berkata, kunjungan ini dilihat dapat merapatkan lagi hubungan antara universiti dan menjalinkan persefahaman dalam menjalankan program dan aktiviti yang melibatkan pelajar khususnya.


Prof Dr Mohd Foad Sakdan (kiri) menerima kunjungan Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain 

“Kami di universiti ini sentiasa menerima semua pihak sama ada Institusi Pengajian Tinggi AWAM (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) atau mana-mana badan korporat untuk bersama-sama meningkatkan kualiti pendidikan yang berkait rapat dengan pendidikan dalam pembangunan dan kemajuan negara,” ujar beliau lagi.

Katanya, kemajuan sesebuah negara tidak dapat dicapai tanpa adanya cerdik pandai manakala IPT pula perlu bekerjasama bagi merancang, menyusun dan menjalankan aktiviti atau program secara kerjasama supaya dapat memperlihat bidang ini seimbang dari sudut rohani dan kemahiran yang menjadi satu keperluan yang mustahak. 

Oleh itu jalinan kerjasama ini menjadi teras utama yang perlu dititikberatkan sebelum melakukan kerjasama iaitu mengenal pasti bidang, menyusun peluang perkongsian dan mengekalkan faedah secara bersama.


Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Prof Dr Mohd Foad Sakdan.

Sementara itu Dr Mohd Izani yang ditemui berkata, pertemuan ini amat bermakna kerana beliau dapat berkongsi pandangan dengan Naib Canselor UUM yang berpengalaman dalam menerajui Hal Ehwal Pelajar ketika memegang jawatan sebagai TNC HEPA Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sebelum dilantik kejawatan sekarang.

Katanya melalui perbincangan dalam pertemuan tadi beliau yakin kedua-dua universiti ini dapat bekerjasama dalam menjalankan aktiviti secara bersama sama ada dalam kalangan pelajar ataupun kakitangan.

“Saya melihat antara program dan aktiviti yang boleh dijalankan nanti ialah mengadakan bengkel, seminar dan kursus melibatkan kedua-dua universiti secara bersama secara bergilir-gilir,”  ujarnya beliau lagi.

Dalam pertemuan itu, Naib Canselor UUM dan TNC HEPA UMT turut bertukar cenderamata sebagai kenangan dan jalinan hubungan antara mereka. - KitaReporters


Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain (kanan) menyampaikan cenderamata kepada TNC HEPA UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed

11
18
0
10
0
You will be interested