
Juara Kejohanan Kuiz Logistik Antarabangsa dari Politeknik Seberang Perai.
Tahniah kepada pasukan Politeknik Seberang Perai (PSP) kerana telah berjaya menjadi juara dalam Kejohanan Kuiz Logistik Kebangsaan 2025 (National Logistics Quiz Championship 2025) yang telah diadakan di kampus The Ship, Batu Kawan, Nibong Tebal.
Kejohanan yang diadakan adalah sempena Simposium Logistik Antarabangsa 2025 (International Logistics Symposium (ILS) 2025) dan Forum Perindustrian Logistik 2025 (Logistics Industrial Forum (ILF) 2025).
Dalam kejohanan selama dua hari mulai 14 hingga 16 Jun 2025 tersebut, PSP telah berjaya menggondol juara apabila mengalahkan 13 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) yang lain.

Antara institusi pengajian tinggi (IPT) yang telah berjaya dikalahkan oleh PSP ialah Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Politeknik Nilai, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik Metro Johor Baharu, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kolej Komuniti Jasin, Kolej Komuniti Pasir Mas, Kolej Komuniti cawangan Sepang, Kolej Peninsula The Ship, kampus Batu Kawan dan Kolej Peninsula, The Lighthouse, kampus Shah Alam.

Pasukan PSP terdiri daripada pelajar Program Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS) yang dianggotai Liza Steven, Izzat Islam Nor Fadzli, Mohamad Farhan Hakimi Mohd Razhi, Dennis Lo Jun Xuan dan Harish Vardhan Maniraja.
Johan kejohanan telah berjaya membawa pulang piala pusingan berserta wang tunai sebanyak RM1,000.
Turut hadir memberi semangat ialah Pengarah PSP, Mohd Ruzi Hamzah; Timbalan Pengarah Akademik, Ts.Dr Zulhadi Zakaria; dan Ketua Jabatan Perdagangan, Mariam Ahmad. - KitaReporters

