Kampus & Pendidikan 22 Jul, 2023

Syabas Advance Retro Solution! 120 peserta dalam dan luar negara sertai seminar TVET Towards IR 4.0!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Majlis menandatangani perjanjian antara ARS, Yalong, Ziejiang Industrial & Trade Vocational China dan Kolej Uni TATI.

Seramai 120 peserta dari dalam dan luar negara sertai Seminar: TVET Towards IR 4.0 (Digitalization of the Teaching Factory) yang dirasmikan oleh Pengarah Koordinasi TVET, Kementerian Sumber Manusia (KSM), Dr Mohd Faizal Tokeran yang mewakili mewakili Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Zaini Ujang pada 20 Julai 2023.

Penganjur seminar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Advance Retro Solution Sdn. Bhd. (ARS), Mohd Nizam Morad berkata, syarikatnya yang mempunyai pengalaman dan berkepakaran berkaitan pembekalan dan penyelesaian kejuruteraan untuk latihan TVET ini bekerjasama dengan pengeluar dan prinsipal terkemuka di dunia untuk memberi penyelesaian teknologi kejuruteraan yang meliputi bidang teknologi mekanikal, teknologi automotif, perisian kejuruteraan, sistem automasi, ‘Internet of Things’ (IOT) bagi memenuhi keperluan kemahiran dan permintaan IR 4.0 (Industri 4.0).


Mohd Nizam Morad

Katanya, seminar dan jalinan kerjasama antara pemain industri dari dalam dan luar negara adalah selari dengan hasrat kerajaan melalui Majlis TVET Negara (MTVET) untuk memastikan pemerkasaan latihan kemahiran TVET yang dilaksanakan di dalam negara ini.

“Secara tidak langsung penganjuran seminar ini dapat meningkatkan keberhasilan latihan kemahiran TVET dengan menyediakan modal insan berkemahiran tinggi khususnya dalam kalangan belia negara ini,” ujarnya lagi. 

Dengan perubahan teknologi dan memenuhi keperluan industri masa kini maka syarikatnya dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menganjurkan seminar ini.

Kehadiran peserta dari Malaysia dan luar negara terdiri dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Institusi TVET seperti Japan Malaysia Technical Institute (JMTI), Advanced Technology Training Centre (ADTEC), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Politeknik, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Mara Japan Industrial Institut (MJII), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Vokasional (KV), dan agensi-agensi lain yang terlibat dalam bidang TVET ini pastinya dapat membantu melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran dinegara ini.


Model terkini kereta EV dipertonton kepada peserta seminar.

Sementara itu Pengarah Koordinasi TVET, Kementerian Sumber Manusia (KSM), Dr Mohd Faizal Tokeran berharap dengan kerjasama ARS, Yalong China dan ILJTM melalui JMTI ini akan manfaatkan ‘Robot Simulator’ untuk tujuan percubaan dalam tempoh tiga bulan yang merangkumi latihan ‘robot programming’ dan ‘simulator’, yang merupakan satu kaedah pengajaran secara efektif dan berkesan nanti.

“Saya juga dimaklumkan latihan aplikasi akan diberi secara percuma kepada tenaga pengajar JMTI termasuk fasa seterusnya iaitu peranan ‘Robot Simulator’ dalam proses ‘Digital Twin’ dengan robot industri, dan juga ‘IR4.0 Teaching Factory’ dan integrasi dengan teknologi IOT," katanya.



Majlis menandatangani yang diadakan pada majlis ini.

Manakala menyentuh mengenai seminar dan Perjanjian Kerjasama Pintar antara Malaysia dengan China yang termeterai antara Kolej Universiti TATI (TATIUC), Terengganu, Malaysia dan Zhejiang Industry & Trade Vocational College, China yang meliputi aspek perkongsian teknologi, pertukaran tenaga pengajar dan pelajar ini pula pastinya akan menyokong dari segi teknikal dan solusi TVET nanti.

Moga perjanjian Kerjasama antara ARS dan Yalong dalam melengkapi sebuah makmal Teaching Factory serba canggih selaras dengan perkembangan atau kemajuan teknologi TVET antarabangsa ini menjadi landasan terbaik bagi menyokong aspirasi kementerian dalam memperkukuh TVET di Malaysia sekali gus dapat memacu negara kerah kecemerlangan dan pembangunan negara kita yang tercinta ini.

“Kerajaan percaya kerjasama seumpama ini pastinya dapat mewujudkan tenaga kerja pakar baharu dalam mempelajari teknologi terkini yang mempunyai spillover effect ataupun kesan limpahan yang akan mampu menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan teknologi di sektor-sektor lain seperti pertanian, pembinaan, kesihatan, perkhidmatan dan lain-lain bagi membantu mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi yang menawarkan gaji yang setimpal,” ujarnya ketika merasmikan seminar ini. - KitaReporters


Pengerusi ARS, Dato’ Mansor Jusoh (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Dr Mohd Faizal Tokeran.

12
8
0
15
0
You will be interested