Kampus & Pendidikan 20 Jul, 2023

Terbaik! Kerjasama Penyelidikan Rentas Sempadan! Usaha UA Malaysia dan Prince of Songkla University!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Sesi bergambar sebelum Perbincangan Meja Bulat (RTD) yang meliputi 6 Bidang iaitu Agriculture, Tourism, Climate Preparedness, Halal, Community Driven Research Project dan Food Security.

Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menganjurkan Program Kerjasama Penyelidikan Rentas Sempadan bertempat di Prince of Songkla University (PSU) Hatyai, Thailand pada 14 Julai 2023.

Delegasi Malaysia seramai 34 orang ini terdiri daripada ahli Mesyuarat Jawatankuasa Timbalan-Tiimbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Awam Malaysia (JKTTNCPI UA) kali ke-68 Bil.2/2023 yang diadakan di UUM baru-baru ini.


Wakil dari PSU yang menghadiri perjumpaan ini.

Dalam perbincanan meja bulat yang diadakan, enam (6) fokus penyelidikan iaitu pertanian, pelancongan, keterjaminan makanan, halal, community driven research project dan climate preparedness telah dibincangkan secara bersama antara konsortium UA dan wakil PSU.

Konsortium UA ini merupakan gabungan UA yang mempunyai persamaan fokus penyelidikan untuk berkongsi ”success story” bersama PSU dan seterusnya melihat peluang kerjasama yang dapat dirancang.


Prof. Dr Norzaini Azman



Ketua delegasi, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Dato’ Prof. Dr Norzaini Azman dalam aluannya berkata penyelidikan perlu dilaksanakan sejajar dengan hala tuju penyelidikan negara.

”Pemegang taruh seperti industri dan komuniti perlu mendapat manfaat daripada penyelidikan yang dihasilkan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengerusi JKTTNCPI UA, Profesor Dr. Shaliza Ibrahim mengucapkan tahniah kepada UUM kerana berjaya menganjurkan program ini dan merakamkan penghargaan di atas kesudian PSU menjadi tuan rumah.

Menurutnya, ini merupakan program kerjasama antarabangsa yang pertama diadakan melalui Mesyuarat JKTTNCPI UA dan diharapkan dapat menjadi platform terbaik dalam perkongsian ilmu, teknologi dan kepakaran antara dua negara.


Bergambar kenangan bersama Assoc. Prof. Dr. Matchachai Suthiphan, Timbalan Pengarah Research and Development Office Humanities and Social Sciences, Wakil Prince of Songkla University, Hatyai di hadapan President’s Office Bulding.

Pihak PSU terdiri daripada Vice President for Research and Innovation, Assoc. Prof. Sunton Wongsiri; dekan dan wakil dari beberapa Faculty of Natural Resources, Faculty of Hospitality and Tourism, Faculty of Science, Office of Human Resource Development and Social Engagement dan Faculty of Agro-Industry

Selain itu, PSU dilihat begitu positif untuk menjalinkan kerjasama bersama konsortium UA di Malaysia.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UUM, Profesor Dr. Russayani Ismail mewakili konsortium UA mengakhiri perbincangan dengan memberi rumusan berdasarkan fokus penyelidikan yang dibentangkan.

”Untuk permulaan, tindakan susulan daripada pihak konsortium adalah menyediakan kertas cadangan kerjasama bagi dua fokus penyelidikan iaitu keterjaminan makanan dan kelestarian pelancongan rentas sempadan,” ujarnya.

Selepas mesyuarat delegasi ini juga dibawa melawat ke beberapa Pusat Kecemerlangan yang terdapat di Faculty of Agro-Industry PSU. - KitaReporters


 

 

 

6
12
0
13
0
You will be interested