Kampus & Pendidikan 14 Jun, 2022

Terokai Dunia Di Bawah Laut: Cerita dari Laut China Selatan di UMT! Sempena Hari Lautan Sedunia!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Sebahagian tetamu jemputan yang hadir pada majlis pelancaran program


MEMBAWAKAN tema “Dunia di Bawah Laut: Cerita dari Laut China Selatan”, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sekali lagi tampil menjayakan Minggu Lautan Sedunia atau World Oceans Week (WOW) sebagai tanda sokongan terhadap kempen Hari Lautan Sedunia atau World Oceans Day (WOD) yang disambut pada 8 Jun setiap tahun

Matlamat utama WOD adalah membentuk kesatuan dalam menghargai sumbangan lautan kepada manusia dan alam, dan dalam masa yang sama membentuk tindakan bersama bagi memelihara lautan bagi masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.


Lagi 


Dr Mazlan Abd Ghafar


Naib Canselor UMT, Datuk Dr Mazlan Abd Ghafar berkata,  sambutan WOW peringkat UMT telah bermula pada 6 Jun 2022 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu

Katanya, UMT meneruskan sambutan tersebut melalui Pusat Rujukan Dan Repositori (RRC) Laut China Selatan, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS)

RRC@INOS Open Day 2022 akan berlangsung sehingga 16 Jun 2022 dan memberi peluang kepada komuniti serta pelajar-pelajar sekolah untuk sama-sama menerokai “Dunia Di Bawah Laut’.

Menurutnya,  RRC diwujudkan untuk melengkapkan proses ingin tahu, penemuan dan pembelajaran tentang persekitaran marin melalui pengurusan spesimen dan pemindahan ilmu yang diperolehi daripada spesimen yang dikaji oleh para penyelidik. 


Pelajar diberi penerangan mengenai spesis penyu yang terdapat di perairan Terengganu: kredit gambar Media Kretif UMT


Dari segi sejarah, RRC ditubuhkan sebagai Muzium Biodiversiti pada tahun 2004. 

Tambah Dr Mazlan, sebagai sebuah universiti yang mempunyai bidang tujahan dalam sains marin dan sumber akuatik, penyelidikan, pembentukan pengetahuan baru, pemindahan serta perkongsian ilmu di UMT sememangnya berkait rapat dengan persekitaran dan ekosistem akuatik.

Beliau berkata, para pensyarah, penyelidik dan pelajar UMT akan berinteraksi rapat dengan organisma serta persekitaran bagi memahami proses ekologi, pengaruhnya kepada manusia dan kesan aktiviti manusia kepada alam. 

“Ini memerlukan sebahagian spesimen sama ada haiwan, tumbuhan, tanah atau sedimen dibawa balik dan disimpan sebagai rujukan dan kajian pada masa hadapan,” katanya.

Katanya, RRC memainkan peranan penting dalam menguruskan spesimen-spesimen ini kekal dalam keadaan yang terbaik supaya kajian dan rujukan oleh penyelidik dapat dilakukan secara berterusan.

Ujarnya lagi sebahagian besar spesies-spesies yang berasal dari kawasan Malaysia disimpan di beberapa pusat repositori luar negara seperti di Eropah, Amerika Syarikat dan negara-negara jiran. - KitaReporters


Majlis pelancaran program World Oceans Week di UMT Terengganu

 

9
7
1
11
0
You will be interested