Kampus & Pendidikan 05 Nov, 2023

Tahniah Muhammad Ikram! Dipilih Presiden baharu Persatuan Pelajar Indonesia KUIPs! Bersama 16 AJK!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Muhammad Ikram Addas dilantik sebagai Presiden baharu Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) 


Pelajar semester enam program Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pengurusan, Muhammad Ikram Addas dilantik sebagai Presiden baharu Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) pada 17 Oktober 2023 lalu.

Pelantikan Muhammad Ikram bersama 16 ahli jawatankuasa lain dibuat dalam mesyuarat persatuan itu. 


Barisan jawatankuasa baru yang dilantik bergambar kenangan.


“Saya berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh rakan-rakan pelajar di sini dan yakin mereka juga akan bersama-sama saya membangunkan persatuan ini dengan penuh amanah dan tanggungjawab serta menjaga nama KUIPs,” ujarnya dalam kenyataan ringkas selepas diumumkan keputusan jawatankuasa pemilihan baharu PPI ini.

Pelantikan ini juga membabitkan beberapa divisi lain antaranya Pendidikan dan Keagamaan, Seni Budaya dan Olahraga, Komunikasi dan Informasi, Sosial dan Masyarakat, dan keusahawanan.


Ahli Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) bergambar kenangan selepas mesyuarat.


"Bagi memperkemas dan menyerlahkan persatuan ini, bengkel penulisan berita akan dianjurkan dalam masa terdekat.

“Kami akan sentiasa berusaha untuk menganjur dan melaksanakan program yang bukan sahaja dapat memberi faedah kepada pelajar dari Indonesia malah kesemua pelajar dari 15 negara di kampus ini,” sambung Muhammad Ikram lagi. - KitaReporters


Antara aktiviti persatuan pelajar ini ialah program sempena Ramadan.

18
15
0
11
0
You will be interested