SEMPENA sambutan Hari Guru Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2024, Tanjong Malim, Perak, universiti itu bukan sahaja memberi penghargaan terhadap kakitangan, malah alumninya yang memperlihat sumbangan besar kepada dunia pendidikan negara.
Program itu bermula dengan bacaan Ikrar Guru Malaysia yang dipimpin oleh mahasiswa seorang guru Bahasa Inggeris dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI, Mohd Syafiq Rasidi dan diikuti dengan persembahan koir Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI yang menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia", pada sambutan yang diadakan di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, pada 29 Mei 2024.
Alimuddin Mohd Dom merasmikan Sambutan Hari Guru UPSI 2024 dan menyempurnakan majlis prapeluncuran Global Educators Award.
Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, dalam ucapan aluannya, menekankan tema sambutan tahun ini, "Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani" mencerminkan peranan penting guru pada era digital sekarang sebagai pemangkin kepada pembentukan masyarakat madani yang berilmu, beretika dan berdaya saing.
“Guru bukan sahaja sebagai pendidik, tetapi juga sebagai jauhari yang menggilap bakat dan potensi pelajar, membentuk mereka menjadi warganegara yang berintegriti dan produktif.
“Cabaran yang dihadapi guru pada era digital, di mana
mereka diharapkan untuk menguasai ilmu pengetahuan serta mahir dalam teknologi
maklumat dan komunikasi.
"Ini adalah penting untuk memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan efektif serta efisien, menarik minat dengan memenuhi keperluan pelajar yang kian berubah," tambah beliau.
Sementara itu, Pro Canselor UPSI, Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom dalam ucapan perasmiannya menegaskan guru harus menjadi pemimpin dalam penggunaan teknologi digital untuk mencipta pengalaman pembelajaran yang interaktif serta inovatif.
“Melalui pelbagai inisiatif dan program yang dijalankan, UPSI berusaha untuk memastikan setiap guru yang dilahirkan memiliki keupayaan untuk membawa perubahan positif dalam masyarakat,” katanya.
Dr Ghazali Din (dua dari kanan) antara penerima anugerah Tokoh Pensyarah.
Sempena sambutan yang mengiktiraf kecemerlangan pendidik dan sekolah, Anugerah Tokoh Pensyarah dinobatkan kepada Pensyarah Kanan dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Prof. Madya Dr Ghazali Din, Dr Intan Suria Hamzah (Fakulti Sains Kemanusiaan), Wan Mohd Syaril Annuar Wan Mohd Harith (Fakulti Muzik dan Seni Persembahan) dan Dr. Harnani Mat Zin (Fakulti Komputeran dan Meta Teknologi).
Turut menerima anugerha yang sama ialah Dr Nor Mashitah Mohd Radzi (Fakulti Pembangunan Manusia), Prof Madya Dr Yakup Mohd Rafee (Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Chm Dr Mohamad Idris Saidin (Fakulti Sains dan Matematik), Dr Siti Fairuz Yusoff (Fakulti Teknikal dan Vokasional), Prof Madya Dr Azila Abdul Razak (Fakulti Pengurusan dan Ekonomi), dan Dr Ebby Waqqash Mohamad Chan dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan.
Pengiktirafan Sekolah Muallim diberikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Khir Johari, SMK Proton City, SMK Bandar Behrang 2020, SMK Methodist, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik, SMK Slim, Sekolah Menengah Agama (SMA) Slim River, SMK Dato’ Zulkifli Muhammad serta Kolej Vokasional Slim River.
Alimuddin (tengah) bergambar bersama penerima anugerah sempena sambutan Hari Guru UPSI 2024 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah.
Tokoh Alumni dianugerahkan kepada Guru Penolong Kanan dari SMK Kuala Besut, Terengganu , Aznan Abas; Guru dari
Sekolah Kebangsaan (SK) Kut Daro, Sarawak, Muhamad Tarmizi Awang; Guru Matematik Tambahan dari SMK St John, Kuala Lumpur, Venkateswaran Ramiah; Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, Jabatan
Pendidikan Negeri Perak Safuan Rabaai; serta guru dari Sekolah Kebangsaan Pos
Musoh Landing Zone, Tapah, Perak, Muhammad Nur Asnawi Ramly.
Manakala Anugerah Pendidik Cemerlang diberikan kepada, bekas
pensyarah UPSI, Profesor Dr Ahmad Hashim; Pengarah Pendidikan Tentera Darat,
Leftenan Kolonel Norlin Salleh; Pengarah Urusan Qc Group Sdn. Bhd, Tajudin
Mustafa; guru di SK Mahmud, Raub, Pahang, Kathiresan A/L
Moorthy; serta Guru Matematik di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hua Lian 1,
Taiping, Perak, Goh Kok Ming, manakala Anugerah Khas Zakaria Kasa diberikan
kepada Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Profesor Dato' Dr Mohammad Shatar Sabran.
Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman pula dianugerahkan kepada
Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan, Datuk Dr Amin Senin.
Alimuddin turut menyempurnakan majlis prapeluncuran Global Educators Award (Anugerah Pendidik Sedunia) yang mengiktiraf sumbangan pendidik pada peringkat antarabangsa. - KitaReporters
Alimuddin diiringi Dr Md Amin Md Taff menyampaikan
Anugerah Khas Zakaria Kasa kepada Dr Mohammad Shatar Sabran (dua dari kanan).