Kolej & Universiti 21 Nov, 2022

Projek ternakan kelulut UMT! Bantu tingkatkan sosioekonomi komuniti nelayan! Di tanah bencah, Setiu!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

Projek ternakan kelulut di tanah bencah, Setiu, Terengganu.


UNIVERSITI Malaysia Terengganu (UMT) yang mempunyai tenaga pakar dalam bidang ternakan kelulut memindah ilmu dalam industry berkenaan kepada komuniti bagi membantu meningkatkan sosioekonomi penduduk terutama golongan nelayan yang tinggal di kawasan tanah bencah. 

Menurut Unit Komunikasi Koporat UMT, projek ternakan kelulut di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu merupakan projek bina upaya komuniti nelayan di sekitar tanah bencah di daerah berkenaan untuk menjana pendapatan dan meningkat sosioekonomi peserta terbabit


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan projek kelulut

Pelajar UMT mengikuti aktiviti penyelidikan ternakan kelulut


Menerusi projek tersebut sebanyak 10 keluarga dari Kampung Pengkalan Gelap telah dipilih menyertai program berkenaan

UMT melalui Kumpulan Penyelidik Lebah dan Kelulut UMT mendapat bantuan dana dari Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) untuk melaksanakan program ini selama 12 bulan.

Selain daripada komuniti nelayan, pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar tanah bencah di daerah Setiu yang kebanyakannya anak-anak nelayan juga turut diberi peluang dalam program ini melalui siri program Cintai Kelulut Sayangi Alam.


Antara produk kesihatan dan pemakanan hasil daripada madu kelulut


Program yang melibatkan enam sekolah termasuk tiga sekolah rendah dan tiga sekolah menengah terbabit bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan dan sumbangan kelulut terhadap kesejahteraan hidup manusia serta kelestarian alam sekitar terutama ekosistem Tanah Bencah Setiu.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan di sepanjang program bersiri ini apabila pelajar didedahkan kepada kepelbagaian dan biologi kelulut, khasiat madu kepada kesihatan, bengkel penghasilan produk inovasi kelulut seperti sabun dan juga makanan berasaskan madu kelulut

Pelajar juga terlibat dalam bengkel penulisan kreatif buku kelulut untuk bacaan remaja yang dibimbing oleh pengajar dari YIM. - KitaReporters


Ternakan kelulut kini menjadi rebutan penternak


Pelajar UMT bergambar kenangan ketika mengikuti aktiviti kepelbagaian dan biologi kelulut

13
17
1
10
0
You will be interested