Kampus & Pendidikan 03 Jul, 2021

Biz4You-th: Forum usahawan muda berkongsi pengalaman! Kelestarian keusahawanan semasa Covid-19!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


PELAJAR tahun akhir kursus Perhubungan Awam, UiTM Shah Alam di bawah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) akan mengadakan sebuah program bernama “Biz4You-th: The Bazaar of Stories”

Program ini, menurut satu kenyataan di Shah Alam, selangor pada 31 Jun 2021, merupakan sebuah forum tentang pengusaha perniagaan yang berjaya mengekalkan perniagaan mereka semasa pandemik Covid-19

Program ini akan disiarkan secara langsung pada 4 Julai 2021 dalam Youtube pada jam 8.00 malam bersama panel jemputan yang terdiri daripada usahawan daripada pelbagai bidang.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UiTM


Tema bagi program ini adalah kesan COVID-19 terhadap bidang perniagaan dan apakah yang dapat dipelajari golongan belia. Program ini bakal diadakan secara langsung dalam bentuk sesi forum di mana panel jemputan akan berkongsi pengalaman mereka dalam menguruskan perniagaan dalam era pandemik.

Terdapat 4 orang panel jemputan yang terdiri daripada usahawan daripada pelbagai bidang yang berbeza iaitu bidang pertanian, makanan dan minuman, dan tetamu kehormat untuk program ini ialah Mohd Khairuddin Othman.

Slogan “The Bazaar of Stories” dipilih untuk menunjukkan sebuah perdagangan komoditi. Akan tetapi, barangan komoditi yang dimaksudkan bukanlah secara nyata tetapi lebih berkisarkan kisah yang bakal dikongsi oleh para panel. 



Para panel akan menceritakan pengalaman mereka dalam menguruskan perniagaan masing-masing dalam pasaran yang lebih dahsyat akibat penularan wabak COVID-19.

Menurut Abuzar Abdul Halim selaku penasihat bagi program ini, “dunia sekarang sudah mengalami satu perubahan yang cukup drastik dan saya rasa program seperti ini perlu diadakan.” 

Program ini bukan sekadar untuk berkongsi kisah yang boleh dijadikan peringatan buat penonton, tetapi diharap juga mampu memberi inspirasi buat belia yang menanam cita-cita untuk menceburi bidang keusahawanan pada masa akan datang, katanya lagi dalam kenyataan tersebut. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested