Kampus & Pendidikan 15 Jun, 2022

Mak Kata Jangan Rasuah! UUM akan jadi sebahagian daripada pasukan Gerakan Rasuah Busters! Tahniah!

@corp comm uum
Kelab Mobile Journalist UUM

Share this

UUM antara lokasi kunjungan pasukan Rasuah Busters. 

UNIVERSITI Utara Malaysia (UUM) akan menjadi sebahagian daripada pasukan Rakan Gabungan Rasuah Busters untuk memerangi rasuah bagi melahirkan negara yang betul-betul bersih daripada amalan rasuah.

Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, universiti ini bukan sahaja ingin melahirkan bakal pengurus dan teknokrat yang hebat malah tetap bersama untuk membanteras rasuah nanti.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus UUM

Nurhayati (dua dari kiri) menyampaikan plak “Mak Kata Jangan Rasuah” kepada Prof Dr Haim Hilman Abdullah.


Naib Canselor UUM Prof Dr Haim Hilman Abdullah.

“Peluang berjumpa dengan lebih 150 pelajar untuk berkongsi pengetahuan serta menerangkan objektif Rasuah Busters ini diharap dapat memberi gambaran dan kesedaran tentang keruntuhan moral dan integriti dalam setiap individu.

“Hal ini secara tidak langsung akan memutuskan rantaian di antara si pemberi dan penerima rasuah nanti,” ujar beliau ketika menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin dan pasukannya di bilik Mesyuarat Naib Canselor pada 14 Jun 2022.

Di majlis itu, Nurhayati turut menyampaikan plak “Mak Kata Jangan Rasuah” kepada Prof Dr Haim Hilman.

Turut hadir Pengarah Komunikasi Korporat, Ts Syamsyul Anuar Ismail dan Timbalan Pengarah, Dr. Azahar Kasim. - KitaReporters


Prof Dr Haim Hilman Abdullah (kiri) mengadakan pertemuan dengan  Rakan Gabungan Rasuah Busters.

11
10
0
15
0
You will be interested