Kampus & Pendidikan 20 Jan, 2022

Konvokesyen UniSZA ke-12! Bersemuka, patuh SOP di Gong Badak! 5 hari, 10 sidang, 3,345 graduan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


SERAMAI 3,345 penuntut  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi tahun 2020 akan menyertai Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Kali ke-12 universiti berkenaan secara bersemuka selama lima hari bermula 23 hingga 27 Januari 2022

Menurut kenyataan UniSZA konvokesyen tersebut  akan dilaksanakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan konvokesyen



Sempena konvensyen itu sebanyak 10 sidang dijadualkan dan akan berlangsung bertempat di Dewan Al Muktafi Billah Shah (DABS), UniSZA Gong Badak

“Selain itu satu festival maya sempena Majlis Idul Ilmi Konvokesyen tersebut turut berlangsung selama lima hari bermula Ahad, 23 Januari 2022,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan berkenaan pelbagai aktiviti menarik sepanjang festival maya konvokesyen ini, antaranya Pertandingan Membaca Berita, Penulisan Khat, Mewarna, Fotografi, e-Sport dan Tarannum al-Quran

Sehubungan itu, UniSZA menjemput orang ramai untuk turut serta bagi memeriahkan lagi festival yang berlangsung secara dalam talian ini dalam platform YouTube dan Facebook. - KitaReporters


Kenangan.. Penuntut kumpulan pertama UniSZA menghadiri Konvokesyen Pertama pada 2009.


Album konvokesyen pertama UniSZA pada tahun 2009.

10
17
2
13
0
You will be interested