Kampus & Pendidikan 13 Nov, 2021

Mahasiswa UUM hebat! Muncul juara Pertandingan Rancangan Perniagaan! Gandingan padu dengan UGM!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


Oleh: Mohd Fairus Abd Majid


SISWA Universiti Utara Malaysia (UUM) Muhammad Saniy Samsudin berkongsi Rp1.25 juta rupiah bersama dua rakan dari Universitas Gadjah Mada (UGM), Indonesia selepas diumumkan sebagai pemenang pertama Pertandingan Rancangan Perniagaan FEB 2021 yang dianjurkan oleh Fakulti Ekonomi dan Bisnes (FEB) universiti berkenaan.

Kejayaan Muhammad Saniy bersama rakan pasukan Arzaq Zidan dan Thoriq Ahyar melayakkan mereka mengikuti proses mentoring untuk merealisasikan idea bisnes yang dirancang dan dibentangkan itu selain daripada sijil yang dimenangi.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Muhammad Saiy Samsudin


Pertandingan yang bertemakan Memperkasakan Idea Milenium dalam Inovasi Ekonomi Digital Pada Era Perindustrian 4.0. itu membabitkan 20 pasukan.

Pelajar Sarjana Muda Kewangan UUM ini  sedang mengikuti program pertukaran pelajar di bawah program ASEAN International Mobility for Students Program (AIMS Program).





Duta UUM ke Indonesia itu berkata, pasukannya adalah lima pasukan terbaik yang dipilih ke pusingan akhir untuk membentangkan idea perniagaan di hadapan juri dan pelabur dari Indonesia. 

Mereka yang mewakili pasukan CoModa itu membentangkan perniagaan mereka kepada juri-juri yang terdiri daripada pensyarah dan pelabur. 

Antara mereka ialah John Suprihanto, Dr., M.I.M (Pensyarah FEB UGM); Irvandias Sanjaya, S.Psi., (Career Specialist, Glints); Gunawan Wibisono, S.E., M.Acc, CA. (Pensyarah FEB UGM); Susi Harini (CEO dan Founder AADS Group); Saxa Wiza Reyhan (Co-founder Hebe, Co-founder of Mark Group); dan Silvio Adriano (Co-founder Hebe, Strategy dan Planning manager at Gojek).



Dalam pembentangan idea perniagaan ini menggunakan konsep Platform Business to Business (B2B) yang bertindak sebagai penyelesaian sehenti atau hab pengeluaran dengan berfokuskan industri pakaian dan tekstil yang mampu mencipta cara pengurusan pengeluaran yang lebih cekap.

Muhammad Saniy sebelum ini juga pernah memperoleh biasiswa dan dinobatkan sebagai pembentang terbaik pada  3rd ASEAN Youth Initiative Empowerment Program (AYIEP) 2021, memenangi pembentang kerja terbaik pada persidangan dalam talian di Asia World Model United Nations Virtual Conference MMXXI, perwakilan Malaysia ke persidangan dalam talian antarabangsa Asia Afrika dan peserta Axiata Foundation University Leadership Development Programme (ULDP) 2020. - KitaReporter



Mohd Fairus Abd Majid ialah Pengarah Corp Comm UUM dan Pengerusi Majlis Pengetua Inapan Siswa UUM

12
11
0
14
0
You will be interested