Kampus & Pendidikan 01 Oct, 2022

VC harap UUM dapat lahirkan lebih ramai pemimpin pelajar! Mahasiswa perlu usaha capai potensi diri!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Muhammad Saniy Samsudin (dua dari kiri) menyerahkan Piala Pusingan MAPUM kepada Prof Dr Haim Hilman.


NAIB Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berharap lebih ramai pemimpin dalam kalangan mahasiswa universiti ini dapat dilahirkan.

“Kepimpinan dalam kalangan pelajar dari universiti pengurusan terkemuka ini makin terserlah dengan penglibatan mereka baik pada peringkat negeri, negara atau antarabangsa,” ujar beliau ketika bertemu dengan mantan Presiden Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (Inasis) MAS / TNB sesi 2020-2021, Muhammad Saniy Samsudin; Presiden JKPS sesi 2021-2022 Masturah Rosli; dan Pengetua, Dr. Rohani Abdullah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan 


Prof Dr Haim Hilman melihat anugerah yang dimenangi.


Katanya, kemenangan lapan anugerah dalam Majlis Anugerah Bakat MAPUM 2022 (MABMA 2022) yang dianjurkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui warga kerja Majlis Perumahan Universiti-universiti Awam Malaysia (MAPUM) pada 14 September 2022 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membuktikan kualiti dan kehebatan pelajar yang diilahirkan oleh UUM.

Haim Hilman menambah dengan kejayaan ini universiti bangga dan ingin terus melihat pencapaian potensi diri yang lebih baik dan setinggi mungkin dalam kalangan pelajarnya. 

Dalam pada itu, beliau juga berharap kepimpinan pelajar di inasis kelolaan Rohani akan terus mencipta kecemerlangan dan mencapai kejayaan di masa hadapan.

MABMA 2022 memperkenalkan sebanyak 18 anugerah yang disampaikan Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.

Di majlis itu, Muhammad Saniy meraih Anugerah Pemimpin Kolej Kediaman Terbaik, Anugerah Jawatankuasa Kolej Kediaman Terbaik dan Anugerah Program Pemimpin Kesukarelawanan Terbaik.


Abdul Razak Jaafar (tiga dari kanan) ketika menyampaikan hadiah di UMT.


Sementara itu Muhamad Saniy yang ditemui berkata, pertemuan dengan Naib Canselor memberikan suntikan motivasi kepada mereka sebagai pemimpin pelajar agar berpijak di bumi yang nyata apabila mencapai kemenangan jangan merasa hebat dan ikutlah perumpamaan burung helang walaupun setinggi mana terbang dan pantas tapi sentiasa menunduk dan menurunkan egonya. 

“Kami setuju dengan saranan Naib Canselor supaya berbakti semula kepada universiti ini dengan pencapaian yang diterima hasil dari apa yang kami nikmati dan mengharapkan lebih ramai legasi dapat ditonjolkan oleh universiti ini seiring dengan matlamat dan hala tuju UUM dan KPT,” ujar beliau lagi. - KitaReporters


GAGAH...Naib Canselor gembira dengan kejayaan pelajar universiti ini.

17
17
0
10
0
You will be interested