Kolej & Universiti 17 Oct, 2022

Tayangan amal Mat Kilau! Isi tabung Taman Sejahtera! Tempat pelajar UIAM rehatkan mental, fizikal!

@roslan rusly
14 Tahun pengalaman dalam Perhubungan Awam dan Media. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar(SUA). Banyak menyiarkan berita-berita dan rencana di portal berita dan akhbar.

Share this

Poster Tayangan


FILEM sejarah kisah pejuang tanah air Mat Kilau yang mendapat sambutan hangat para peminat filem Melayu kembali menggegarkan UIAM

Tayangan amal filem Mat Kilau telah diadakan di kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak pda 14 Oktober 2022 bagi mengisi tabung pembinaan 'Taman Sejahtera' di kampus untuk para pelajarnya

Tayangan amal ini ialah salah satu rangka kerjasama yang dijalankan antara Pejabat Bahagian Perhubungan Alumni UIAM dan Studio Kembara yang menerbit filem tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik brkaitan aktiviti kampus UIAM


Penonton yang hadir pada sesi tayangan amal filem Mat Kilau

Tayangan amal ini telah berjaya menarik hampir 500 orang penonton dalam kalangan alumni, pelajar dan kakitangan UIAM melalui jualan tiket amal. Hasil kutipan tersebut disalurkan ke dalam dana yang disediakan.

Hadir sama pada majlis tayangan amal tersebut ialah Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti) Prof. Dr. Akmal Khuzairy Abd. Rahman.

Majlis diserikan juga dengan kehadiran barisan pelakon filem tersebut antaranya Dato' Jalaluddin Hassan dan Geoff Andre


Kehadiran barisan pelakon filem tersebut antaranya Jalaluddin Hassan dan Geoff Andre. 


Rektor UIAM ketika ditemui menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penderma dan penonton yang hadir menyokong tayangan amal ini. 

Menurutnya, filem ini membawa mesej yang baik dalam memupuk perpaduan masyarakat malah sesuai diaplikasikan dengan demografi pelajar UIAM yang datang dari seluruh pelosok dunia. 

"Ia salah sebuah aktiviti yang bagus kerana kita perlu kreatif dalam mencari dan mengumpul dana dalam masa yang sama memberi peluang kepada orang ramai untuk sama-sama menyumbang dan dengan adanya tayangan amal ini, dalam masa yang sama memberikan contoh dan teladan yang baik kepada remaja sekarang betapa pentingnya perpaduan," ujarnya.


Rektor UIAM menyampaikan ucapan.


Pada majlis yang sama, forum ringkas bertemakan 'Surfing the Waves of Life' turut dijayakan sebelum tayangan berlangsung. 

Panel forum terdiri daripada Abdul Rahman Mat Dali, Penerbit Filem Mat Kilau yang juga Pengarah Urusan Studio Kembara sendiri, bersama alumni UIAM iaitu Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia

Seorang lagi alumni UIAM iaitu Pengarah Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Mediha Mahmood bertindak sebagai moderator

Menurut Pengarah Bahagian Perhubungan Alumni UIAM, Mir Azrul Shaharudin, semua kutipan Tayangan Amal ini akan disalurkan ke tabung pembinaan 'Taman Sejahtera'. 

Ia salah satu usaha murni alumni UIAM untuk dimanfaatkan oleh para pelajarnya bagi merehatkan mental dan fizikal selepas keletihan menghadiri kuliah dan peperiksaan

"Program ini merupakan salah satu aktiviti di sepanjang Sambutan Hari Alumni UIAM yang disambut pada tanggal 10 Oktober setiap tahun, dan tayangan amal ini ialah salah satu cara kita memanggil para alumni untuk sama-sama menyumbang balik kepada Universiti," katanya. - KitaReporters/UIAM


Forum ringkas bertemakan 'Surfing the Waves of Life' turut dijayakan sebelum tayangan berlangsung. 

17
11
0
17
0
You will be interested