Kampus & Pendidikan 23 Apr, 2023

Solat Aidilfitri di Masjid Sultan Badlishah! VC UUM sertai 1,000 jemaah termasuk pelajar antarabangsa!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Jemaah yang hadir untuk menunaikan solat Aidilfitri.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed dan 1,000 warga kampus terdiri daripada pelajar, kakitangan dan keluarga mereka di Masjid Sultan Badlishah pagi raya, 22 April 2023..

Naib Canselor kemudiannya menjamu selera istimewa termasuk masakan rendang rusa dan lain-lain bersama jemaah yang hadir selepas selesai solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam UUM, Ustaz Abdus Salam Sharif Saad.


Solat sunat Aidilfitri.

Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan turut berucap di majlis sambutan Aidilfitri.

Naib Canselor yang ditemui berkata, solat sunat Aidilfitri ini disertai pelajar, kakitangan, ahli keluarga dan masyarakat setempat yang tinggal berhampiran kampus ini.

“Walaupun ada pelajar dan kakitangan yang tidak dapat pulang ke kampung halaman mereka pada tahun ini (2023) namun kemeriahan sambutan tetap dirasakan dengan pakaian baharu dan tradisional daripada pelajar antarabangsa khususnya,” ujar beliau.


Pelajar antarabangsa yang memenuhi masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Seramai 14,776 pelajar kampus ini telah pulang untuk beraya bersama keluarga mereka, manakala 380 pelajar dari dalam dan luar negara masih berada di kampus.

Antara hidangan yang disediakan ialah termasuk rendang rusa, nasi beriani, lemang, ketupat dan biskut raya.

Turut hadir ialah Pengetua-pengetua Inapan Siswa; pegawai-pegawai universiti; Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman; dan barisan jawatankuasanya. - KitaReporters


Prof Dr Mohd Fo’ad Sakdan turut meraikan kanak-kanak yang menghadiri solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Badlishah di universiti ini.


Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman turut menyampaikan cenderamata kepada kanak-kanak yang hadir.

13
14
0
8
0
You will be interested