Kampus & Pendidikan 30 Jan, 2024

Tahniah KRT Bandar Jertih! Dapat anjurkan kelas tuisyen komuniti secara percuma untuk pelajar SPM!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

 


SELEPAS lima bulan kelas tuisyen komuniti anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih beroperasi, akhirnya terpaksa ditutup bagi memberi laluan kepada pelajar terbabit menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Kelas secara percuma untuk pelajar golongan B40 itu mula dilaksanakan pada 15 September 2023 dan akan berakhir pada 27 Februari 2024 kerana pelajar akan mengambil peperiksaan SPM.


Nor Almizan Mahmud


Seramai 35 pelajar pelbagai kaum yang mengikuti kelas tersebut telah diraikan dalam satu majlis dan penyampaian sijil penyertaan yang berlangsung di Pusat Rukun Tetangga Bandar Jertih.

Pegawai Perpaduan Daerah Besut, Nor Almizan Mahmud merasmikan penutupan kelas dan menyampaikan sijil kepada pelajar dan guru-guru terbabit.

KRT Bandar Jertih satu-satunya KRT di daerah Besut diberi tanggungjawb mengendalikan perjalanan kelas tersebut manakala Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menyalurkan bantuan kewangan.


Nor Almizan (kiri)  menyampaikan sijil kepada seorang pelajar Cina


Nor Almizn berkata, pihak jabatan memilih KRT Bandar Jertih untuk menggalas tanggungjawab tersebut kerana mempunyai pelbagai kemudahan asas terutama dewan tempat belajar selain berada di tengah-tengah bandar. 

Selain dapat belajar secara percuma, pelajar-pelajar terbabit juga telah disediakan makan minum percuma pada setiap sesi pembelajaran yang diuruskan oleh Jiran Wanita KRT berkenaan.


Sebahagian pelajar dan guru yang hadir pada majlis penutupan kelas tuisyen


Nor Almizan berkata pihaknya mendapat khidmat lima guru berpengalaman dalam subjek Matametik, Sains, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. 

Menurutnya, kelas tersebut disertai pelajar pelbagai kaum dari sekitar bandar Jertih dan Hulu Besut yang diadakan pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula jam 2.30 hingga 5 petang.


Seorang pelajar menerima sijil penyertaan


Setiausaha KRT  Bandar Jertih, Muhammad Hanif Mustafa berkata, pihaknya bangga  dipilih mengendalikan kelas tersebut kerana ia satu lagi khidmat komuniti kepada penduduk setempat.

“Kejayaan menganjurkan kelas tersebut diharap mendapat perhatian pihak jabatan untuk memberi peluang kepada pihknya menganjurkan program sama pada masa akan datang,” katanya. - KitaReporters


Tenaga penggerak Kelas Tuisyen Komuniti KRT Bandar Jertih

 

5
15
1
12
0
You will be interested