Kampus & Pendidikan 21 Aug, 2025

Tahniah Saniy Samsudin! Dapat tajaan Yayasan Khazanah! Sarjana Kewangan di University of Warwick UK!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this


Seorang alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Saniy Samsudin, diraikan dalam satu majlis gilang-gemilang Yayasan Khazanah (YK) Awards Day Ceremony (Majlis Hari Anugerah) 2025 yang berlangsung di Grand Ballroom, Aloft Kuala Lumpur Sentral pada Selasa, 19 Ogos 2025.
Beliau menerima watikah rasmi tajaan Yayasan Khazanah untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Kewangan (Master of Finance) di University of Warwick, United Kingdom bagi sesi September 2025.
Majlis berprestij bertemakan “Kindle the Spark, Chart the Stars” itu menghimpunkan penerima biasiswa cemerlang Yayasan Khazanah yang terpilih daripada pelbagai latar akademik dan institusi dalam serta luar negara.


Acara bermula dengan ucapan pembukaan oleh Siti Kamariah Ahmad Subki, diikuti ucapan khas tetamu kehormat, persembahan kebudayaan, cabutan bertuah serta penyampaian sijil penghargaan dan anugerah kepada penerima biasiswa.
Dalam ucapannya, Pengerusi Yayasan Khazanah, Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir menegaskan bahawa penerima biasiswa perlu menjadi “duta ilmu” dan membawa pulang kepakaran yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.
Muhammad Saniy ketika ditemui melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas kepercayaan Yayasan Khazanah. 

“Saya berazam untuk memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin, bukan sahaja untuk kejayaan peribadi, tetapi juga untuk menyumbang kepada negara selepas tamat pengajian nanti,” katanya.

Majlis yang bermula jam 1.30 tengah hari hingga 5.45 petang itu turut diserikan dengan sesi fotografi beramai-ramai bersama semua penerima biasiswa Yayasan Khazanah tahun 2025.


"Alhamdulilah... Syukur kepada Allah... Terima Kasih Yayasan Khazanah, semua guru, pensyarah, ahli keluarga dan semua insan yang sentiasa memberi sokongan dan mendoakan anakanda kami Muhammad Saniy Samsudin... untuk sambung pengajian ke University of Warwick UK." - KitaReporters
10
17
0
15
0
You will be interested