Kampus & Pendidikan 16 Jul, 2024

Syabas UPSI! Lancar Sistem MyQ@UPSI! Mantapkan proses kerja! Tingkatkan mutu auditan kualiti dalaman!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, menerusi Bahagian Pengurusan Kualiti, melancarkan Sistem MyQ@UPSI bagi memantapkan proses kerja serta mempertingkat mutu auditan kualiti dalaman khasnya bagi memastikan pengekalan pensijilan ISO 9001:2015.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff, berkata pembangunan sistem itu unik kerana membabitkan kerjasama antara pusat tanggungjawab UPSI iaitu Bahagian Pengurusan Kualiti (BPQ), alumni Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Lead Auditors, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Institut Pengajian Siswazah (IPS) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC).

Menurut beliau, kolaborasi merentas kepelbagaian ekosistem di UPSI membuktikan tiada yang mustahil dan sinergi berteraskan sifat kekeluargaan itu amat membanggakan, malah semangat inilah menjadi  kekuatan utama UPSI dan perlu dicontohi semua pihak.  

"Pendekatan inovatif menerusi Sistem MyQ@UPSI untuk capaian maklumat dan dokumen bakal menjadi lebih mudah dan meningkatkan lagi kecekapan dalam aspek pengurusan kualiti,” tegasnya ketika berucap pada majlis Peluncuran Sistem MyQ@UPSI dan Aspirasi Juruaudit Kualiti Dalaman ISO di Dewan Muallim, Scholar's Suites, Kampus Sultan Azlan Shah, pada 5 Julai 2024. 


Prof Md Amin (empat dari kiri) bersama pegawai audit dalaman UPSI pada majlis Peluncuran Sistem MyQ@UPSI dan Aspirasi Juruaudit Kualiti di Scholar's Suites, Kampus Sultan Azlan Shah.


Sementara itu, Pengarah BPQ UPSI Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Modi Lakulu, berkata sistem berkenaan akan membantu mempertingkat kecekapan dalam akses dokumen penting yang kebiasaanya dirujuk untuk keperluan auditan.

Tambahnya, uniknya sistem itu mengintegrasikan data-data daripada pelbagai sistem yang dibangunkan secara dalaman oleh Pusat Tanggungjawab di universiti seperti Sistem MyGURU, UniSIS, UniHRIS, MyUPSI Portal dan RiMS. 

Menurutnya, inovasi yang dibangunkan dengan menggunakan kepakaran dalaman itu selaras dengan pendigitalan proses kerja di UPSI dan penggunaan Sistem MyQ@UPSI adalah alternatif digital menggantikan fail konvensional serta storan dalam talian Google Drive, sekali gus mempertingkat, keselamatan data UPSI.

“Sistem ini akan diperluas lagi bagi tujuan pemantauan program akademik UPSI dalam usaha memperkasa jaminan kualiti akademik universiti. 

"Inovasi yang dilaksanakan ini akan memberi kemudahan kepada kakitangan khasnya pensyarah, pentadbir, pihak pengurusan dan Juruaudit Kualiti UPSI di samping mendokong hasrat kampus hijau," ujarnya. - KitaReporters


7
10
0
15
0
You will be interested